Sangat...sangat...sangat menyentuh hati dan perasaan...
isk...isk..isk...
SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA
Aku pun hairan... kenapa semakin lama manusia jadi semakin tidak beradap dan tidak bertamadun. Yang jahat bertambah jahat, yang baik pun dah mutant nak jadi jahat jugak. Cerita-cerita kat idiot box dan cinema tak sudah-sudah menayangkan cerita-cerita yang ganas melampau. Maksud aku keganasan yang melebihi meter kenormalan aku. Bukannya dulu tak ada cerita-cerita berlatar belakangkan keganasan, tapi tahap keganasan yang ditonjolkan sekarang semakin melampau-lampau. Sehinggakan aku tertanya-tanya mampukah manusia bertindak sedemikian rupa ke atas insan lain? Umpama seekor binatang yang tidak berakal. Hinggakan cerita komik kanak-kanak seperti Batman, filem aksi yang dulunya sekadar hiburan telah upgrade (or should I say 'downgrade') kepada corak keganasan yang tidak lagi sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Baru-baru ini aku menonton antara nak tak nak je cerita Punisher. Cukuplah dengan sedikit aksi, aku dah rasa mual macam nak muntah melihat manusia 'diperlakukan' demikian. Walaupun hanya sekadar lakonan tapi minda waras aku masih kuat mengatakan, this is not right.. What happened to this world nowadays???
Sudahlah dunia semakin gamat dengan bom di sana-sini seperti mercun meraikan Tahun Baru Cina sahaja, tapi perlukah kita paparkan cerita-cerita mereka sedemikian di layar perak kita? Adakah permintaan filem-filem seperti ini semakin mendapat sambutan? Aku lebih rela menonton cerita lawak bodoh (bukan lawak lucah) daripada menonton filem tentang psycopath dengan chainsaw ataupun mesingan. Paling menyedihkan cerita-cerita ganas melampau ini bukan sahaja terhad di skrin wayang malah tersesat dalam drama-drama bersiri di idiot box juga. Aku tak tau la penerimaan orang lain, tapi aku tak boleh tolerate ngan cerita-cerita macam ni. Walaupun kita tak boleh lari daripada filem aksi tapi tak perlulah melampau-lampau...
Apa nak jadi dengan manusia sekarang...?