Hai peeps!
Bahana YouTube... Macam-macam boleh jadi... yang terlaris kali ini ialah video pak guard dan bini MatYo.. harharharhar... apa punya sengal benda2 macam tu pun ko nak rakam? Do you want to brag about it? Haa... amek kau... bila yang saja suka-suka bertukar jadi bala...
Apa pun aku bukan nak cerita pasal tu.. tak sensasi pun.. sengsara ada la... Apa nak jadi dengan masyarakat sekarang. Muda-muda dah nak main penerajang.. apa pun reasonnya tindakan awak tu sungguh tak wajar...
Eh, tadi kata taknak cerita pasal tu tapi terbabas jugak.. huhu.. Aku nak cerita pasal YouTube sekarang ni... Nak bagi peringatan sikit kat ibu bapa di luar sana... mungkin kerana kesibukan kerja seharian anak-anak sukar dipantau 24 jam kan.. Cuma nak bagi warning pasal aku tengok YouTube sekarang ni dah lain macam. Kalau dulu, aku boleh percaya lagi gak la.. tapi mungkin sebab kebanjiran video-video yang tahapahapa sekarang ni aku rasa menjadi punca kenapa banyak sangat video-video yang tidak sepatutnya dah terlepas ke YouTube juga.. Semua orang berangan-rangan nak jadi director tersohor gamaknya. Tambahan pula tajuk video yang konon-konon boleh digunapakai tapi sebenarnya untuk video lain.. semata-mata nak melepasi filter YouTube.. heee... seram betul melihat kecanggihan akal manusia yang keji cuba memanipulasi teknologi untuk kepentingan diri masing-masing. Kadang-kadang kita tengah syok-syok browsing video-video kelakar ke, suddenly kat search tu termasuk sekali video-video panas membahang lagi sensasi yang sukar juga iman di dada ni nak tangkis... last-last nafsu jugak yang menang.. huihh.. bahaya.. bahaya.. Dah macam porn site je aku tengok YouTube ni.. Jadi aku nasihatkan ibu bapa di luar sana eloklah memasang apa-apa filter atau perisai untuk menangkis syetan-syetan ini sebab orang kata dari mata turun ke hati... Kalau rasa takmo anak-anak melihat video yang bukan-bukan baik berhati-hati... karang gelap hati budak-budak tu... haishhh... Nauzubillah.
Salah satu caranya adalah dengan mem'filter' video di laman web YouTube itu sendiri tapi YouTube tak jamin semua video yang kurang sesuai boleh ditapis dan ditangkis.... kadang-kadang tiris jugak. Aku sendiri dah cuba.. memang tak hebat mana tapi sekurang-kurangnya better ada something than nothing kan. Kalau nak lagi berkesan, pasang la software untuk filter video atau pun block je terus website YouTube tu hahahhahaha...habis cerita.
Ok.. kat sini cara simple nak tapis video guna YouTube. Tapi, aku bagitau, tak berkesan sepenuhnya so, jangan beri high expectation sangat.
Cara-cara Menapis Video di Laman YouTube
1. Mula-mula buka account dulu kalau tak ada akaun Google, Gmail atau pun YouTube. Lepas tu cari button biru "Sign In" kat page atas sekali sebelah kiri. Ada nampak? Orait, kalau tak ada apa-apa masalah boleh la log in sekarang..2. Dah sign in? Orait.. pastu sila scroll ke bawah page... scroll lagi... dan lagi... sampai kat bawah sekali.
3. Dah puas scroll? Apa yang korang nampak kat bawah tu? Pandai.... masing-masing cerdik dan bijak... ok.. sekarang boleh buat hal masing-masing.. hahahha.. saja je.. Korang akan nampak button "Safety" kat bawah tu. Kalau ia di set kepada "Off", sila klik button tersebut.
4. Dah buat semua? Pandai... sekarang korang pandai-pandai la sendiri..hehehhe.. rasanya korang dah tau kot nak buat apa. Korang akan nampak radio button On-Off... so sila klik button "On"
5. Sebaik sahaja korang klik button "On", YouTube akan keluarkan satu lagi arahan supaya korang "Lock" safety function korang supaya takde sesiapa boleh ubah melainkan korang melalui akaun korang sendiri. Ini supaya apabila korang logout nanti YouTube akan mengekalkan mode safety kepada "On" sepanjang masa. So, sesiapa yng guna YouTube melalui browser ni kat komputer korang akan dipantau dengan Safety Mode. Sekarang bolehlah klik button "Save". Sekarang bolehlah "logout" daripada akaun korang. Jangan lupa logout pulak... hehehhehe..
Tapi aku ingatkan sekali lagi, function "Safety Mode"ini tidak mampu menapis semua video..masih akan ada lagi video-video yang tak sepatutnya membolos juga.. apa nak buat.. Korang kena pasangkan perisai-perisai lain supaya lebih selamat. Lagi satu, kalau ada install 2-3 browser dalam komputer yang sama contohnya korang ada Opera, IE, Firefox dalam satu komputer, korang kena buat jugak camni kat browser-browser yang lain. Jangan lupa tau! Sebab "Safety Mode tu berkesan untuk browser yang di set sahaja..
Orait... itu je dulu ilmu untuk dikongsi hari ni... Toodles!