Bulan rock kapak...hahahha! Aku nak memuatkan lagu2 yang pernah tip top zaman 80an dulu... kebanyakannya lagu rock kapak lah sebab zaman tu memang keras..muahahahhaa! sorry la kalo penampilan otai-otai rock kapak ni tak ubah macam orang gua... tapi apa nak wat kan... trend 'orang gua' tu diaorang nak bawak sampai ke tua..hahhaha!
SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA
Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.
Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...
Tuan tanah:
Ummi Sya
0 komen atau komplen:
Post a Comment
Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)