Wah... lama betul rasanya meninggalkan SeRiBu MaLaM berpuaka... sampai sempat la menonton satu lagi drama Korea..hahhaha! Tapi kali ini sungguh tidak mengecewakan. Thanx to Missy... Love u gal! ;) Siapa yang belum menonton Que Sera Sera dan meminati drama Korea memang rugi. Kisah cinta klasik yang memang realistik. Kiranya drama ni telah masuk dalam top chart dalam list drama-drama Asia yg aku pernah tengok la... walaupun list aku tu boleh dikira dengan jari hahhaha...Kalaulah kisah cinta aku se'adventure' macam tu ahahhahahah! Sanggupkah anda melepaskan cinta sejati kerana harta? hmmm... tough choice... yeahh right....
Kasihku hanya untuk diperdagangkan sebagai tukaran kepada kemewahan. Hidupku bebas bagai camar di langit biru tanpa sebarang ikatan. Kehadiranmu adalah satu kesilapan yang hanya singgah sementara dalam hidupku. Namun kau telah menyalakan perasaan yang aku sendiri tidak sedar akan kewujudannya. Hinggakan aku lemas dan kau terpaksa aku lepaskan. Tanpa kusedar pergimu membawa sebahagian dari diriku. Apakah ini harga yang perlu kubayar kerana melepaskanmu?
~si pencinta wanita~
Tiada apa yang dapat kutawarkan melainkan cintaku. Namun ia masih tidak memadai buatmu. Lalu kubiarkan api cinta itu padam agar aku dapat meneruskan hidup ini. Bersama kenangan indah yang menjadi peneman sewaktu aku dibuai rindu. Tapi entah mengapa ia menjadi bara yang membakar jiwaku. Tiada lain yang kupinta melainkan secubit kasihmu untuk memadamkan penderitaan ini. Terlalu agungkah permintaanku?
~si pencintamu~
1 komen atau komplen:
casino.d-s-realtor.com - DrmCD
Casino in Downtown Detroit, Michigan. See 영주 출장안마 what kind 거제 출장안마 of 밀양 출장마사지 games you can play. Visit Website. Casino 광주 출장샵 in Downtown 군포 출장마사지 Detroit, Michigan.
Post a Comment
Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)