SeRiBu MaLaM

Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)

SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA



Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


 

Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...



Syoknya bila bersembang pasal cinta, kan? Ramai yang suka bercinta tapi tak tau makna sebenar cinta. Cinta adalah anugerah yang besar dari Allah Taala. Tanpa cinta, jiwa manusia kosong. Tapi berapa ramaikah yang memahami erti sebenar cinta, batas2 cinta dan tahap2 cinta?

Tujuan aku menulis topik ini hanyalah sekadar nak memberi sedikit nasihat pada anak-anak muda yang sedang hangat bercinta kat luar sana. Aku nak luahkan segala-galanya di sini sebab aku dah tak tahan dengan masalah so-sial yang melanda negara kita sekarang. Kepada sesiapa yang sudi menerima kata-kata aku sebagai nasihat, aku doakan kesejahteraan korang. Pada sesiapa yang menganggap nasihat aku ini sampah terpulanglah... sama ada nasihat aku ni sampah atau diri tu yang memang sampah...

Syok betul bila bercinta, kan? Macam dunia ini kita yang punya.. dating sana.. dating sini.. makan2 sana... tengok wayang sini... boleh berkepit sana sini menayang pada semua orang yang kita ni ada pakwe atau makwe. So... bangga? Korang ni memang kaki DVD.. Zaman sekarang ni lambakkan cerita-cerita romantik sama ada di kaca TV, Internet mau pun buku2 cerita tu hanyalah imaginasi dan khayalan semata-mata... romatiknya pakwe dia... aku pun nak merasa cinta yang romantik macam drama Korea tu jugak lah... vahvahvahhh...  Korang buat aku nak gelak la beb.. aku pun pernah muda... aku pun pernah bercinta.. apa yang korang rasa sekarang aku dah lalui dulu. Tapi Alhamdulillah aku tak pernah hanyut dalam dunia fantasi macam tu. Sebab aku letak cinta aku pada Allah first... Ishhh... bosan betullah bila dengar ustazah ni berceramah... Silap beb... Aku bukannya nak bagi ceramah jauh sekali menjadi ustazah... aku cuma nak bagi nasihat kat anak2 muda macam korang ni supaya jangan sia-siakan hidup korang. Hidup hanya sekali, enjoy la kan.. kan... kan? Bila lagi nak merasa macam ni... tapi kau silap.. Sebab hidup hanya sekali lah setiap orang akan melalui simpang di mana kau akan membuat keputusan - betul atau salah. Setiap kali kau memilih satu simpang tiada lagi jalan U-turn... kau fikir kalau kau dah buat silap sekali dalam hidup kau, kau boleh erase balik bab yang salah tu? No... no... no... ia akan kekal menjadi sebahagian daripada hidup kau... kau bolehlah bertaubat, insaf, bermunajat meminta keampunan Allah Taala tapi hakikatnya kesilapan itu telah tertulis sebagai salah satu chapter dalam kehidupan korang...
 
Pertama sekali aku nak bagi nasihat kat anak2 dara di luar sana. Apa motif korang bercinta? Korang saja syok nak berpakwe ke, korang nak kawen dengan dia? Kalau korang bercinta untuk mencari pasangan hidup memang korang akan up kan sikit standard diri korang dan hanya memandang calon2 yang layak sahaja. Tapi kalau sekadar nak suka-suka buat maksiat memang berlambak-lambak lah macam jualan murah kat luar sana. Then, berkenaan pembawaan diri korang... jati diri korang... Aku bukan nak sembang pasal tutup aurat semua, sebab itu memang kewajipan.. Aku just nak tegur, yang pakai sendat, ketat, skimpy semacam tu apa yang korang nak tayang sebenarnya? Baik yang pakai tudung mahu pun tidak, tapi perlukah kau keluar rumah dengan bertelanjang macam tu? Apa yang korang rasa setiap kali lalu di hadapan lelaki? Bangga? Cantik? Atau malu? Ingat... pandangan mereka tu macam scanner... korang lalu je diaorang akan ukur semua... bumper saiz A, B, C, D??... Top class, middle class, low class...? Sukakah korang bila di klasifikasikan macam tu? Rasa cantik ke? Rasa selamat ke kalau berjalan2 keluar rumah berkeadaan demikian? Sekali lagi, aku bukannya nak suruh pakai jubah ke, purdah ke, tapi cukuplah dengan berpakaian sopan... InsyaAllah boleh diperbaiki lagi nanti sehingga menjadi muslimah sejati kelak. In fact, aku pun menasihati diri aku sama... Apabila pembawaan diri kita pun hampeh macam tu, korang rasa pakwe macam mana yang korang dapat? Ikan pun pandai memilih umpan kannn... Bila kita dah letak harga diri kita tag merah cheap sale, mestilah buyer akan membeli dengan harga diskaun.. betul? So, chances korang nak dapat calon2 pakwe yang boleh dibuat calon suami tu agak2 berapa ye...? Korang rasa diaorg akan respect korang ke? Macam mana pembawaan diri kita, macam itulah orang akan layan kita... so, adik-adik sekalian... tolonglah letakkan maruah diri tu lebih tinggi... Takde rugi apanya... kalau si dia nak dump kita semata-mata sebab kita tak 'romantik'. tak 'sporting', pegang sana tak boleh, sentuh sini tak boleh, janganlah terasa tergugat... terancam... diaorg nak dump, dump lah...diaorang pun boleh blah lahh... apa korang ingat aku tak laku ke? Harap muka hensem tapi akhlak macam taik buat apa.. Sesungguhnya itu hanyalah ujian Allah.. Allah nak uji sebab Allah nak beri bonus kalau kita lulus dengan A++.. InsyaAllah, Allah akan ganti dengan jodoh yang sejuta kali lebih baik dari dia.. best tak? So, janganlah panik bila kita kembali single bila dah bercouple... kan lebih baik daripada jadi 'double' bila dah kembali single...? Bila dah jadi camtu kau nangis air mata darah pun tak guna. Boyfriend macam tu akan lepas tangan punyalah... bila dah dapat madunya buat apa nak simpan hampas pulak. Dia dah free2 boleh dpt kau, buat apa dia susah2 nak bayar mas kawin kau pulak? Beranak lah kau sorang2 dalam jamban... Astaghfirullah... walhal saat menimang anak itu amat manis sekali di samping lelaki yang sah bergelar suami...

Alah... ini zaman moden la... macam2 ada.. pil ada, 'stokin' ada... kitaorang tau la nak jaga diri... Ini jawapan aku: kepala hotak kau berjambul! Kalau korang tu 'advance' sangat, apsal ramai yang terberanak dalam jamban, longkang, bagai? Ha? Ha? Ha? Korang ingat lelaki camtu kisah hal korang ke? Diaorg tu nak syok je... lepas tu apa2 jadi pepandai korang la menanggungnya.. ada diaorang kesah? Bawak2lah beringat... Kun fa yaa kun... sesungguh jika Allah mahukan ia terjadi maka jadilah ia... korang pakai perisai gaban pun kalau Allah Taala nak bagi 'lekat'... kau nak kata apa? Kau makan le ubat harga sejuta pun perut kau memboyot jugak.. Apa? Dia tunang kau? Dia dah janji nak kahwin dengan kau? So, what? Bila dia dah jadi tunang, maruah ko bagi diskaun ke? Hahahaha... ada year end mega sale ke? Jangan... Saat bertunang tu memang mencabar sebab syaitan akan berusaha menggoda korang dengan bersungguh2... Manakala saat korang diijabkabulkan tu pula nanti sang Iblis akan menjerit2 ketensionan sebab apa2 yang haram sebelum ini telah halal buat korang.. malah segala2nya akan menjadi ibadah buat korang... yippeee syioknyeee.. tak gitu?
Sebenarnya, kuasa veto 100% pada diri kita - perempuan. If you say "NO", apa yang diaorang boleh buat...? Diaorang takkan dapat sentuh korang pun. Tak usahlah cair dengan pujuk rayu mereka.. ayat tangkap leleh tahap super saiyan pun korang buat boh-layan jer. Diaorang tu macam budak kecik... time mintak gula-gula macam2 janji.. nak be good, nak kemas toys, nak buat itu ini.. tapi bila dah dapat... hah! Lesap! Kalau seorang lelaki itu berniat baik dan ikhlas, mereka takkan minta semua tu dari kita... diaorang akan respect and protect kita.. itu je kena ingat... Jangan mudah sangat memberi.
Hakikatnya korang takkan dapat lari daripada rasa ingin mencintai dan dicintai.. itu adalah fitrah manusia. Tetapi bagaimana kita mencintai, itu yang penting. Cintailah Allah, Rasul dan ibu bapa kita dulu barulah mencari cinta hati supaya kita tak 'buta' bila bercinta.
Nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kekasih hamba turutkan...
Janganlah berlebih-lebih sangat bercinta macam dalam pantun ni. Takde maknanyeee...

Anak2 muda sekarang juga banyak sangat aktiviti 'Ko-kurikulum' kat luar. Nak merempit, meronggeng, merewang, menonggeng semua nak buat... Apa yang korang cari sebenarnya? Perhatian? Bila jadi benda tak baik, korang salahkan mak bapak... pasal mak bapak la korang jadi masalah so-sial macam ni.. gitu ke? Masa kecik2 tak dapat perhatian sewajarnya.. mak bapak keje kuat tak ada masa untuk korang... mak bapak bagi kebebasan berlebih-lebih... mak bapak manjakan sangat... mak bapak tak kisah.. entah macam2 korang blame mak bapak korang ye... Memang la mak bapak kita tak perfect. Diaorang pun manusia juga. Diaorang kerja kuat siang malam nak bagi korang dok rumah juta2, makan sedap2, main game puas2, sekolah tinggi2 la... Mak bapak tak bagi ilmu agama...? Habis tu mak bapak korang hantar korang pergi sekolah 4 tingkat takkanlah nak jadi bongok bertingkek-tingkek? Korang nak perhatian dari mak bapak sangat tu apa hal? Nak menyusu lagi ke? Nak makan bersuap? Nak diaorang basuh u-uk korang? Nak tidur bawah ketiak diaorang lagi? Memang diaorang dah abaikan tanggungjawab diaorang, so what? Mungkin diaorang tak alim, kurang ilmu agama mahupun ilmu parenting, tapi tak adil jika salahkan mereka 100%.


Korang tu dah besau panjang, bulu ketiak, bulu kaki dah tumbuh, ada akal pikir la sendiri baik buruk perkara. Penat kat sekolah cikgu ajar, ustaz ajar, ustazah ajar... macam2 ilmu belajar... ilmu dunia.. ilmu akhirat... janganlah dah besar jadi kurang ajar pulak. Sudah-sudahlah buat perkara yang sia-sia camtu. Aku bukannya nak suruh korang jadi ustaz/ustazah ke... aku nak korang belajar jadi 'orang' je... Tuhan bagi akal, pilih la orang yang boleh kau panggil 'kawan'... Yang selalu mengajak korang buat jahat tu bukan kawan namanya... itu 'setan'. Kalau diaorang tu terjun neraka, dengan korang2 sekali diaorang bawak terjun neraka. Korang nak ke jadi camtu? For once, jadilah orang yang bertanggungjawab. Kalau mak ayah kita tak baik, kita jadikanlah iktibar. Buktikan kita boleh jadi jauh lebih baik daripada mereka... kita boleh jadi mak ayah yang baik untuk anak2 kita. Kalau kita jahil agama, belajarlah... kalau orang kat Amerika pun boleh belajar tentang Islam, takkan kita yang dok kat negara Islam ni tak boleh.. bersepah2 ustaz-ustazah mengajar agama.. Ambil sedikit masa untuk merenung kembali jalan hidup yang kau pilih.. sampai bila..? Masa muda kau nak berjoli, masa tua nanti macam mana? Itu pun jika Allah Taala panjangkan umur sempat mencecah usia senja. Kalau tak? Ruginya hidup dengan sia-sia..

Lagi satu, anak-anak remaja yang masih bersekolah... sudah-sudahlah ponteng, hisap rokok, melepak, joli sakan... sudah-sudahlah... apa yang korang dapat daripada semua tu? Orang kata yang belajar tinggi just kerja makan gaji, yang school dropout boleh jadi millionaires... tolong guna kepala otak pikiaq jangan guna kepala lutut okayyy... Berapa kerat sangat school dropout yang jadi millionaires tu? Kalo dok melepak buang masa buat perkara yg sia-sia takde jadi kaya mananyee... jadi sampah masyarakat adalah... itu je la achievement korang nanti... Walaupun si polan tu tak habis sekolah tapi dia usaha keras, kerja kuat... bukannya duduk saja-saja goyang kaki, main fesbuk tetiba duit sejuta jatuh dari langit atas riba.. Korang duduk je lah kat sekolah tu belajar... pandai tak pandai belakang kira... berapa ramai yang bukan achiever kat sekolah tapi jadi orang yang berjaya di kemudian hari? Mungkin korang tak berapa nak pandai tapi aku rasa takde orang yang bodoh kat dunia ni.. kecuali orang tu buat benda bodoh jadi kutu macam tadi...

Then, masa masih bergelar budak sekolah tu tak payahlah sibuk2 nak main cintan cintun... spender pun mak bapak yang belikan dah sibuk nak bercouple sana sini... ghentikanlah... korang hidup bukan untuk hari ni... apa yang korang buat hari ini yang akan menentukan hari esok korang nanti. Bila dalam kepala tu dah diisi dengan benda2 yang tak bermanfaat macam mana la nak belajar.. ek? Motivasi? Sumber inspirasi? Bila ada pakwe-makwe baru la syok belajar... haa! Baguih la tu.. Sang setan dah cucuk baeeekk punya. Hari ni abang angkat.. adik angkat.. sok dengan kau sekali dia angkut. Korang balik rumah, tengok muka mak ayah... korang kira berapa kedut2 kat muka diaorang... usap tangan mak, pegang tangan ayah.. imbas kembali macam mana tangan2 itulah yang mengendong korang masa kecil bila korang menangis, yang menyuap nasi ke mulut korang bila korang lapar, yang memimpin korang masa bertatih... urut-urut belakang badan ayah dan fikirlah belakang badan itulah yang korang tunggang masa budak-budak dulu... tangan tua itulah yang merotan korang supaya korang jadi orang baik-baik. Kalau diaorang tak cukup jadi motivasi buat korang, aku tak tau la.. Jangan nak jadi gangster memanjang... silap sikit lari dari rumah... kena tegur sikit lari ikut jantan... macam la boyfriend korang tu yang bela korang dari kecik.. Orang tua jaga korang baik-baik korang lari masuk neraka, apahal? Fikir la panjang sikit... jangan jadi bodoh. Kalau ada yang buat camtu bawak-bawaklah bertaubat... balik la rumah. Mak korang halau macam mana pun, mak juga yang akan buka pintu rumah bila korang balik. Tak usahlah merajuk lama-lama. Kalau kau tak dapat redho mak atas dunia ni, bau syurga pun kau takleh cium tau.. apatah lagi nak masuk syurga.. Insaflah banyak2. Bumi mana tak ditimpa hujan, manusia mana yang tak pernah buat silap.

So, jalan mana nanti yang jadi pilihan korang? Jalan yang penuh kenikmatan tapi palsu semata-mata atau.. jalan yang sungguh 'bosan' pada mata hati korang tapi menuju kebahagiaan? Kembalilah kepada syahaadah. Tepuk dada tanya iman... yang penting, jangan tinggal solat.


0 komen atau komplen:

Post a Comment

Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)


Tuan Tanah...

My photo
Aku hanyalah seorang insan kerdil ciptaan Allah yang Maha Esa... menumpang di atas duniaNya yang hanya sementara.

Mari Mengaji

Click the image below for Al-Quran Recital

~ Haji menuju Allah~

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia

Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Siapa yang ikut saya..?