SeRiBu MaLaM

Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)

SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA



Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


 

Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...



Showing posts with label perkongsian ilmu. Show all posts
Showing posts with label perkongsian ilmu. Show all posts

Hai peeps!

Bahana YouTube... Macam-macam boleh jadi... yang terlaris kali ini ialah video pak guard dan bini MatYo.. harharharhar... apa punya sengal benda2 macam tu pun ko nak rakam? Do you want to brag about it? Haa... amek kau... bila yang saja suka-suka bertukar jadi bala...

Apa pun aku bukan nak cerita pasal tu.. tak sensasi pun.. sengsara ada la... Apa nak jadi dengan masyarakat sekarang. Muda-muda dah nak main penerajang.. apa pun reasonnya tindakan awak tu sungguh tak wajar...

Eh, tadi kata taknak cerita pasal tu tapi terbabas jugak.. huhu.. Aku nak cerita pasal YouTube sekarang ni... Nak bagi peringatan sikit kat ibu bapa di luar sana... mungkin kerana kesibukan kerja seharian anak-anak sukar dipantau 24 jam kan.. Cuma nak bagi warning pasal aku tengok YouTube sekarang ni dah lain macam. Kalau dulu, aku boleh percaya lagi gak la.. tapi mungkin sebab kebanjiran video-video yang tahapahapa sekarang ni aku rasa menjadi punca kenapa banyak sangat video-video yang tidak sepatutnya dah terlepas ke YouTube juga.. Semua orang berangan-rangan nak jadi director tersohor gamaknya. Tambahan pula tajuk video yang konon-konon boleh digunapakai tapi sebenarnya untuk video lain.. semata-mata nak melepasi filter YouTube.. heee... seram betul melihat kecanggihan akal manusia yang keji cuba memanipulasi teknologi untuk kepentingan diri masing-masing. Kadang-kadang kita tengah syok-syok browsing video-video kelakar ke, suddenly kat search tu termasuk sekali video-video panas membahang lagi sensasi yang sukar juga iman di dada ni nak tangkis... last-last nafsu jugak yang menang.. huihh.. bahaya.. bahaya.. Dah macam porn site je aku tengok YouTube ni.. Jadi aku nasihatkan ibu bapa di luar sana eloklah memasang apa-apa filter atau perisai untuk menangkis syetan-syetan ini sebab orang kata dari mata turun ke hati... Kalau rasa takmo anak-anak melihat video yang bukan-bukan baik berhati-hati... karang gelap hati budak-budak tu... haishhh... Nauzubillah.

Salah satu caranya adalah dengan mem'filter' video di laman web YouTube itu sendiri tapi YouTube tak jamin semua video yang kurang sesuai boleh ditapis dan ditangkis.... kadang-kadang tiris jugak. Aku sendiri dah cuba.. memang tak hebat mana tapi sekurang-kurangnya better ada something than nothing kan. Kalau nak lagi berkesan, pasang la software untuk filter video atau pun block je terus website YouTube tu hahahhahaha...habis cerita.

Ok.. kat sini cara simple nak tapis video guna YouTube. Tapi, aku bagitau, tak berkesan sepenuhnya so, jangan beri high expectation sangat.

Cara-cara Menapis Video di Laman YouTube

1. Mula-mula buka account dulu kalau tak ada akaun Google, Gmail atau pun YouTube. Lepas tu cari button biru "Sign In" kat page atas sekali sebelah kiri. Ada nampak? Orait, kalau tak ada apa-apa masalah  boleh la log in sekarang.. 

2. Dah sign in? Orait.. pastu sila scroll ke bawah page... scroll lagi... dan lagi... sampai kat bawah sekali.

3. Dah puas scroll? Apa yang korang nampak kat bawah tu? Pandai.... masing-masing cerdik dan bijak... ok.. sekarang boleh buat hal masing-masing.. hahahha.. saja je.. Korang akan nampak button "Safety" kat bawah tu. Kalau ia di set kepada "Off", sila klik button tersebut.



4. Dah buat semua? Pandai... sekarang korang pandai-pandai la sendiri..hehehhe.. rasanya korang dah tau kot nak buat apa. Korang akan nampak radio button On-Off... so sila klik button "On"


5. Sebaik sahaja korang klik button "On", YouTube akan keluarkan satu lagi arahan supaya korang "Lock" safety function korang supaya takde sesiapa boleh ubah melainkan korang melalui akaun korang sendiri. Ini supaya apabila korang logout nanti YouTube akan mengekalkan mode safety kepada "On" sepanjang masa. So, sesiapa yng guna YouTube melalui browser ni kat komputer korang akan dipantau dengan Safety Mode. Sekarang bolehlah klik button "Save". Sekarang bolehlah "logout" daripada akaun korang. Jangan lupa logout pulak... hehehhehe..

Tapi aku ingatkan sekali lagi, function "Safety Mode"ini tidak mampu menapis semua video..masih akan ada lagi video-video yang tak sepatutnya membolos juga.. apa nak buat.. Korang kena pasangkan perisai-perisai lain supaya lebih selamat. Lagi satu, kalau ada install 2-3 browser dalam komputer yang sama contohnya korang ada Opera, IE, Firefox dalam satu komputer, korang kena buat jugak camni kat browser-browser yang lain. Jangan lupa tau! Sebab "Safety Mode tu berkesan untuk browser yang di set sahaja..

Orait... itu je dulu ilmu untuk dikongsi hari ni... Toodles!


Kali ini kita belajar sikit ilmu baru... siapa kata baby belum pandai cakap... kita je yang tak paham apa yang dia cakap rupanya..hahhaha.. very nice info here. Lets check it out..




This is the video describing the 5 sounds that all babies make regardless of race or color. It can help any parent make sense of what their child is "saying" and it really works. Here are the 5 sounds:

'NEH' - For hunger
'OWH' - Sleepy
'HEH' - Discomfort (hot/cold/diaper change needed)
'EAIR" - Lower Gas, needs to poop
'EH' - Upper gas, needs to burp


The Rev. Dr. Holy Joe Rock and Roll (HJRR) recommends these sounds be learned and applied to your babies. It will make your life less stressful, when trying to determine WHY your baby is crying. If you respond to your baby's needs they will continue to communicate with these sounds.


Tuan tanah terjumpa tips yang berguna ni dalam sebuah forum. Sebenarnya forumer tu import dari forum lain juga, tak kisahlah. Ilmu yang baik elok kita share, kan gitu? :D

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak. Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

  1. Selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur...
  2. Kita kena sabar bebanyak...pendekatan moden sekarang ialah jgn menangan anak...tapi slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah mintak dilembutkan hatinya
  3. Bangun pagi..peluk anak sebyk 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati (bergantung pd niat kita utk si anak)
  4. Baca al-fatihah,lbaca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x "YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo anak masih menyusu..hembuskan pd susu.
  5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
  6. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
  7. Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
  8. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
  9. Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.
(Soalan dijawab oleh Rosnah Ahmad, Pengusaha Tadika dan Taska Islam dan Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pahang. Persoalan dan jawapan layari www.wanitajimceria.blogspot.com)
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
  • Anak2 bergaduh - Surah Al Baqarah - Ayat 102
  • Anak2 pandai belajar - Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
  • Anak2 lembut hati/ elak panas baran - Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
  • Anak2 malas sekolah- Surah Toha ayat 1-5
  • Bg anak2 yg suka keluar malam - Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x



Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah dulu, tiap-tiap kali morning assembly mesti guru besar err... pengetua sekolah aku nak berucap. aku heran jugak... tak kekeringan idea ke tuan pengetua nih... mesti tiap-tiap pagi masa gosok gigi dia dah pikir dah amende la nak cakap kat budak-budak pagi nanti.. huhuhu

tapi tiap-tiap pagi tak de mende lain nak cakap, mesti keluar prinsip 5 fingers Edward De Bono... memang tu je la pusing balik modalnya... tapi aku ni bukan nak citer pasal prinsip 5 fingers Edward De Bono... aku tak peduli la seploh jari sekali pun.. cuma aku teringat baru2 nih aku ada pegi satu majlis ilmu ni... dah lama rasanya aku tak menghadiri majlis macam ni menyebabkan aku dah terlupa ke'fun'nye... sungguh berbeza jika dibandingkan dengan menonton di idiot box atau sekadar mendengar di radio. Ustaz Zul masa tu yang bagi ceramah... kelakar jugak orangnya. Selalu keluar kat Astro Oasis. Dia citer pasal orang Malaysia ni banyak bidaah masa beribadat... tapi selagi tak melanggar hukum syarak takpe lah... cuma apa yang kita kene ambil tahu mende-mende tu semua bukan amalan dalam ibadat Islam sebenarnya. Contohnya menyapu muka selepas sembahyang, majlis tahlil, membungkus batu nisan dengan kain putih dan macam-macam lagi...

Tapi aku teringat apabila dia citer pasal Keunggulan Islam terletak pada 5 Jari...

  • Yang pertama ibu jari, mewakili orang tua... dalam sejarah Islam contohnya Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq. Kalau kita kata 'bagus' pun kita angkat ibu jari kan.. bagus... bagus... good... good... takde pulak orang angkat jari telunjuk ke ape lagi jari tengah muekekkekk... So kita kenalah hormat dan taat pada orang tua
  • Yang keduanya ialah jari telunjuk, iaitu mewakili orang kaya... haaa... orang kaya ni penting dalam Islam. Tak de orang kaya susah nak bangunkan ummah. Sape kata tak boleh mencari harta? Cari la banyak mana pun tapi mestilah tunaikan yang rukun, betui tak? Dalam sejarah Islam orang kaya diwakili oleh sahabat Rasulullah iaitu Abdul Rahman bin Auf. Sebab apa diwakili dengan jari telunjuk?... sebab orang kaya tak payah buat keje... tunjuk je kat orang ape nak buat... nak buat masjid baru, jambatan baru, dewan baru... nak bagi dana buat bom kat orang Palestin.. cakap je...hahahhaha
  • Yang ketiga ialah jari tengah atau jari hantu, iaitu mewakili orang yang tinggi pengetahuan agamanya. Dalam sejarah Islam tak lain tak bukan mestilah Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. Orang agama perlu untuk membezakan mana yang halal dan yang haram, yang haq dan yang batil. Sebab apa jari tengah? Sebab jari tengah adalah jari yang paling tinggi daripada jari-jari lain menandakan betapa pentingnya orang agama dalam pembangunan ummah Islam.
  • Yang keempat ialah jari manis. Jari manis mewakili remaja atau orang muda yang mana dalam sejarah Islam ialah Sayyidina Ali, orang muda yang berani menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya. Lagipun jari manis ialah jari kita menyarungkan cincin, jugak ada dalam kisah Sayyidina Ali. Ini menunjukkan betapa pentingnya golongan remaja dalam masyarakat kita. Golongan pelapis inilah kelak yang akan menggantikan generasi lama... tapi sayangnya apa dah jadi dengan golongan ni sekarang? ih..ih..ih...
  • Akhir sekali ialah jari kelingking, yang mewakili golongan wanita... hohohoho.... kecil bukan sebarang kecil... jari kelingking ni banyak kejenya... penting tu. Dalam sejarah Islam tak salah kalau kita wakilkan dengan wanita kesayangan Rasulullah iaitu isteri baginda, Khadijah ul-Kubra'. Wanita ni peranan dia sangat besar sebab dialah yang melahirkan zuriat dan banyak menyumbang dalam masyarakat... Kejayaan seseorang lelaki itu di belakangnya adalah seorang wanita. Tangan yang mengayun buaian boleh menggegarkan dunia..huhuhu... nuff said...
Itu la dia kisah 5 Jari iaitu 5 orang-orang penting yang perlu kita ambil kira dalam membangunkan ummah dan mengekalkan keunggulan Islam..


Tuan Tanah...

My photo
Aku hanyalah seorang insan kerdil ciptaan Allah yang Maha Esa... menumpang di atas duniaNya yang hanya sementara.

Mari Mengaji

Click the image below for Al-Quran Recital

~ Haji menuju Allah~

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia

Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Siapa yang ikut saya..?