Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)
SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA
Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh padatanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.
Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...
Aku ni taklah into KPop sangat... aku cuma suka gila tengok cerita Korea je... hahhahha.. semalam aku tengok satu lagi drama Korea yang bukanlah cerita baru tapi aku je yang baru tengok... sangatlah syok sampai banjir juga la kat sini walaupun cuaca amat tenang dan tiada hujan lebat di luar semalam..
Kepada sesiapa yang belum pernah tengok cerita Korea ni aku nasihatkan janganlah mula... nanti demam macam aku nak kebah susah hahahhaha... :D tapi kalau rasa-rasa terer dan nak buktikan yang diri tu tough dan tabah maka aku sarankan korang tengoklah cerita ni...
Saya jarang menonton drama bersiri tapi saya suka menonton drama-drama Asia seperti Korean dan Japanese drama. Citer Indon, ops sorry. Not my taste. Kalau Indon movie mungkin ada sesetengah tu yang boleh dimaafkan tapi bila buat citer bersiri tak ada lagi setakat ni yang berjaya menambat hati saya... tak payahlah saya kutuk di sini kerana masing-masing ada citarasa sendiri. Tepuk dada tanya selera dan saya memang tak berselera... hahhaahh..
Tapi kalau drama bersiri Korea dan Jepun entah kenapa ada tarikannya sendiri. Menyebabkan sekali dah tengok, payah nak stop. So kalau nak tengok, make sure you have plenty of time in hand... hahhahhahha Tak kisahla cerita itu kelakar, sedih atau serius... pelik kan?
Wah... lama betul rasanya meninggalkan SeRiBu MaLaM berpuaka... sampai sempat la menonton satu lagi drama Korea..hahhaha! Tapi kali ini sungguh tidak mengecewakan. Thanx to Missy... Love u gal! ;) Siapa yang belum menonton Que Sera Sera dan meminati drama Korea memang rugi. Kisah cinta klasik yang memang realistik. Kiranya drama ni telah masuk dalam top chart dalam list drama-drama Asia yg aku pernah tengok la... walaupun list aku tu boleh dikira dengan jari hahhaha...Kalaulah kisah cinta aku se'adventure' macam tu ahahhahahah! Sanggupkah anda melepaskan cinta sejati kerana harta? hmmm... tough choice... yeahh right....
Kasihku hanya untuk diperdagangkan sebagai tukaran kepada kemewahan. Hidupku bebas bagai camar di langit biru tanpa sebarang ikatan. Kehadiranmu adalah satu kesilapan yang hanya singgah sementara dalam hidupku. Namun kau telah menyalakan perasaan yang aku sendiri tidak sedar akan kewujudannya. Hinggakan aku lemas dan kau terpaksa aku lepaskan. Tanpa kusedar pergimu membawa sebahagian dari diriku. Apakah ini harga yang perlu kubayar kerana melepaskanmu?
~si pencinta wanita~
Tiada apa yang dapat kutawarkan melainkan cintaku. Namun ia masih tidak memadai buatmu. Lalu kubiarkan api cinta itu padam agar aku dapat meneruskan hidup ini. Bersama kenangan indah yang menjadi peneman sewaktu aku dibuai rindu. Tapi entah mengapa ia menjadi bara yang membakar jiwaku. Tiada lain yang kupinta melainkan secubit kasihmu untuk memadamkan penderitaan ini. Terlalu agungkah permintaanku?
Baru sahaja selesai menonton drama Korea yang sadis...isk...:'( A Love to Kill... lakonan Rain yang hensem (ahhh...) dan Shin Min-ah yang kiut... hmmm... apa nak komen ek... sesuai la dengan tajuk citer ni, love story yang sungguh tragik... berbaloikah? aku tak nak la jadi spoiler kat sini... nak tau ending diye, tengok la sendiri...huhuhu... aku rasa kali ni ni aku boleh kasi bintang kat lakonan Rain.. Selepas aku tengok Rain dalam Full House, aku rasa dia tu so-so je la... muka come' tu buleh la aku kasi 11/10 tapi acting dia dlm filem tu sedikit mengecewakan... ni my personal opinion le... Rain's fan jangan le attack aku pulak. Tapi dalam A Love o Kill aku boleh feel lakonan dia... tu yg sungguh berkesan tuh... hensem: 11/10; macho: 100/10 akekekekek; acting: 4 stars... tapi aku bukan nak komen pasal dia. just nak borak pasal drama ni je... macam biasa, kalo nak tengok drama Korea kene pasti kan betui2 ada masa terluang.. RULE No.1! hahhaha... kalo keje tak siap, home work terabai, takde sape buleh beranggungjawab tihtihtih... pandai-pandai korang le.. hahha Citer ni best... very loving and touching... a bit different konsep daripada yang biasa di bawa dalam kisah cinta terhalang... biasalah... semua drama cinta Korea pon pasal cinta terhalang... kalo takde halangan, takde story la kan..hehehe. yang bestnya aku takleh predict ending cinta ni. but it's the ending that finally left me numb...whaaat...? why? should it end like that? 'Cinta tak semestinya bersatu'... ones had told me that... that's true but should you sacrifice your love and happiness for others? and the irony is, no one is happy eventually... I mean NOBODY... hmm... pity... whatever... still a great drama to watch..isk.. nasib baik ko hensem, Rain.. I'll give you some credit.. muakekekekek.. :)
Aku ni ikutkan tak berapa suka sangat tengok drama bersiri sebab bersambung-sambung. Yang aku tensionnya bila dah syok tengok, alih-alih finale aku ter miss... mane tak angin satu badan... arghhh! Tapi aku suka jugak tengok drama series Korea atau Jepun. Citer Indon? Ops! Sori tak minat. Bukan sebab apa. Aku rasa citer diaorang semua stereotype. Tak abih-abih citer orang kaya bercinta ngan orang miskin. tak abih-abih nak rebut harta sampai sanggup berbunuh-bunuhan... logik ke? Berebut-rebut jantan pun melampau jugak, bior betol...? Adakah moral orang kat sana macam tu? Sanggup berbunuhan kerana harta walaupun darah daging sendiri? heee... naik meluat jugak tengok. Kalau movie, mungkin lah boleh dimaafkan kot. Ada juga satu-dua citer yang interesting...
Tapi kat sini aku nak citer pasal drama series Japan and Korea. Drama Jepun yang first time aku tengok terus terpikat ialah citer Beautiful Life. Takuya Kimura...(sigh) nak kata hensem tu, boleh lar... tapi character dia dalam citer tu menarik. Sukenye....! Dua-tiga kali aku tengok citer tu, dua-tiga kali jugaklah aku membazirkan air mata..hahhaha! best...best... touching sangat... Mengingatkan aku pada kenyataan hidup... cinta tak semestinya bersatu. But the great thing is live to the fullest! Lepas aku tengok citer Beautiful Life ni, aku mengikuti citer-citer mamat ni yang lain seperti Love Generation, Hero, Long Vacation dan Good Luck! Mamat Takuya Kimura tu masih maintain ngan gaya selamba dia dalam mana-mana citer pun. Kelakar pun ada...
Citer Korea pun banyak jugak yang aku pernah tonton. Salah satu citer yang masuk dalam top list carta citer-citer best aku ialah citer Full House. Rain berlakon dalam citer ni. Aku rasa mamat ni tak lah hensem mane, tapi kiut miut... tapi dia agak kayu sket dalam drama nie. Apepun pada aku heroin citer ni telah menyelamatkan drama ini dan menjadikan drama ini enjoyable to watch. Funny and loving couple... So sweet.
See? Cute kan? Citer dia simple je, tak logik pun ada. Tapi sebab watak diaorang tu kelakar menyebabkan aku rasa nak je tengok sampai kesudahan cerita ni. Lagipun, lagu-lagu tema dia best. Ahaks!Mengisahkan seorang anak yatim yang kene tipu dengan member-member 'baik'nya sehingga rumahnya yang bergelar 'Full House' telah dibeli oleh seorang pelakon yang sedang popular. Kerana tiada tempat berteduh, that girl terpaksa jadi maid kat 'rumah sendiri'... Hampasss.... Tapi citer yang paling aku gilai ialah citer Coffee Prince... so far la... hahahha! Aku pun tak tau apsal aku suke giler citer ni. Setiap kali aku tengok citer ni mesti mood aku ceria je... Hero...? Alamak... Gong Yoo! Macho nye....! Jiwa kacau aku dibuatnya... hahahahha! Aku rasa mamat ni ada karisma yang menyebabkan orang minat kat dia.. termasuklah aku.. hahahha! Heroin, Eun Hye pun kiut dan comey. Sesuai betui dengan plot citer ni. Mengisahkan sorang girl ni yang berperawakan tomboy, terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana ingin bekerja di sebuah cafe yang hanya menggaji staff lelaki... Entah macam mana dia boleh jatuh cinta dengan boss dia menyebabkan banyak la kisah suka duka, ketawa dan menangis yang berlaku antara diaorang. Tapi aku rasa drama ni rated dia maybe PG kot sebab ada kissing scenes di sana sikit.. di sini sikit... :) But this couple really romantic...(sigh!) Meh aku tepek lagi gambo hero sepet yang mengacau jiwa aku tuh... muekekekkekk.... hensem... hensem... :DSooo sweet, kan? I wish I had my own sweet and romantic moments that I can treasure myself...:) Lepas tu aku ada tengok satu lagi citer yang Eun Hye berlakon iaitu The Vineyard Man. Interesting and funny jugak. Orang kata Princess Hour pun not bad but aku tak tengok lagi. So takleh nak komen lagik lar. hehhee.. Next time kalo aku ada tengok citer yang best-best lagi aku update lah...kihkihkih.. Tapi kene cari waktu yang betul-betul free sebab takut lekat kat couch... payah tuh!
Apa yang aku tau drama Jepun dan Korea ni banyak mengisahkan tentang hard work, impian dan cita-cita. Mungkin sebab tu aku minat nak tengok sebab memberikan aku inspirasi dan aspirasi... hehhehehee.... Aja! Aja! Fighting! :D
I finished up my fourth cup of 'Coffee Prince' today...
huhuhu...
Every time I watch that movie, I'll falling in love all over again..hahhaha! So sweet and funny and loving...(sigh).... Seems like I'll never get enough of it. No wonder... people says you can be addicted to coffee... But I only addicted to this kind of coffee..hahhaha!!
I don't know why i love this drama series sooo much... It reminds me of how wonderful to be loved and to love someone... I guess... :)
Onjena nowa hamkke sae-ha-yan kkumul kkumyonso
Hanuri urirul kalla nuhulttae kkaji
Woohh wooh woohh
Norul saranghae
Norul saranghae
English Translation
Title: I Love You (Singer: Dong Joon Han) Lyrics Translation by Sang
I wake, the approach of morning rouses me And to you, asleep in my arms (Oh) I love you When I’m fighting an uphill battle You warmly hug me (Oh) I love you We will never have a forlorn farewell While we may cry because of the sorrow We will always share our dreams Until the heaven split us apart (Oh) I love you When I’m fighting an uphill battle You warmly hug me (Oh) I love you We will never have a forlorn farewell While we may cry because of the sorrow We will always share our dreams Until the heaven split us apart (Oh) I love you
Han Kyul (Gong Yoo) sang this song to Eun Chan (Eun Hye) as a wake up call in Coffee Prince, a romantic Korean drama series.. but the video was removed from You Tube.. It was sooo romantic.. *sigh*.. what a pity..
I wish I had dat kind of wake up call every morning... :)
* Pardon me for the yummy Gong Yoo's video..hahahha...
Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya
Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia
Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia
Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia
Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima
Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba