SeRiBu MaLaM

Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)

SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA



Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


 

Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...



“Oit! Bad! Bad!” Kelas 5 Sains 1 yang bingit menenggelamkan suara Iskandar.
“Oi! Aku panggil kau la..”
“Aduhhh…ishhh...sakitnya..” Bad mengusap-usap bahunya yang ditepuk kuat oleh Iskandar.
“Engkau ni... kalau bercakap tak naik sekali dengan tangan tak boleh ke?” Bad mengadu dengan dahi yang berkerut seribu, masih lagi mengusap-usap bahunya yang terasa sakit.
“Eii…dengarlah…aku ada berita bagus ni,” tekan Iskandar apabila rakannya itu buat endah tak endah sahaja.
“Apa bendanya? Kau ni kalau pasal berita bagus ni tak lain tak bukan pasal perempuan la tu,” telah Bad acuh tak acuh. Masih lagi ghalit menekan-nekan kalkulaturnya. Sekejap-sekejap dia mengeluh. Sekejap-sekejap rambut di kepalanya ditarik. Alamat dua tiga tahun lagi botaklah nanti. Umpat Iskandar senyap-senyap dalam hati.
“Alahh... dengar la sekejap. Nanti kau sambunglah balik homework add maths tu…” Iskandar makin hilang sabar.
“Aku tak siap lagi ni. Karang Cik Hindung Mancung tu denda aku lagi mana aku nak letak muka Brad Pitt aku ni…” Aiii…loya tekak aku. Umpat Iskandar lagi. Makin hari penyakit perasannya makin menjadi-jadi. Tambahan pula dalam tahun senior ni.
“Yang mana satu? Ya Allah…itu pun kau tak dapat buat? Kacang soya je ni. Apasal kau ni? Itulah… dalam kelas, orang lain belajar, kau angau…”
“Hee… bak sini lah! Kalau nak kutuk-kutuk aku, baik tak payah. Pergilah kacau orang lain.” Bad merengus sambil merampas kembali buku tulisnya dari tangan Iskandar.
“Ok…ok.. I’m sorry, okay.” Tiba-tiba Iskandar merasa bersalah. Mungkin sahabatnya itu memang ada masalah dan betul-betul tertekan. “Karang aku ajar kau, ok? Aku janji aku tolong kau. Lagi pun kelas lepas rehat kan cancel hari ni? Semua cikgu ada meeting tergemparlah. Kau tak ingat ke baru je Ustazah cakap tadi?”
“Ha? Ye ke? Laa… apasal aku tak tau pun…?” Hati kusutnya tadi tiba-tiba saja terasa lega. Dengan senyum lebar Bad menutup buku tulisnya. Amboi? Tadi panik bukan main. Bila tau tak ada kelas rileks terus? Gerutu Iskandar sendirian.
“Mana aku tau. Kau ghalit sangat curi-curi buat homework masa ustazah tadi la tu. Ustazah jeling-jeling je kat kau aku tengok. Eii! Cepatlah! Aku nak cerita something ni.” Iskandar menarik kerusi di belakangnya dan merapati Bad.
“Apa dia yang penting sangat ni?” Sambut Bad selamba sambil menyimpan kembali buku latihannya ke dalam laci meja. Bekal air mineralnya yang sentiasa tersedia di tepi meja segera dicapai dan diteguk laju.
“Aku dah jatuh cinta.” Hampir tersembur Bad tatkala kalimah itu terpancul dari mulut Iskandar. Dadanya ditepuk-tepuk untuk mengeluarkan air yang termasuk dalam rongga peparunya.
“Kau ni biar betul…” ujar Bad dengan payah sebaik sahaja batuknya reda. Sampai berair mata dibuatnya. Iskandar hanya tersengih melihat gelagat Bad. Hatinya bagai digeletek-geletek.
“Ya Allah… siapalah perempuan malang tu…” Bad memerli sambil mengesat-ngesat matanya yang masih basah. “Ish…tak baik kau cakap macam tu. Aku serius ni. Aku terserempak dengan dia kat depan bilik pengetua. Budak baru kelas 3A.”
“Ihhh…engkau ni. Kau sedar tak tahun ni nak SPM? Budak tu pun nak PMR. Ada masa pulak nak bercinta-cinta. Nak mampus?” Bad menunjal dahi sahabatnya itu. Biar dia sedar sikit.
“Hehehheh… itu aku tahulah,” Iskandar menepis tangan Bad. “Tapi aku serius ni. Aku dah jatuh cinta. Cinta pandang pertama…”
“Banyak la cinta pandang pertama kau,” cebik Bad. “Eh, tapi… dia cun sangat ke?” Pancingnya pula penuh minat. Lengan Iskandar dicuit. Bibirnya tersenyum nakal.
“Cun sangat tu taklah… tapi bila dia senyum…lesung pipitnya… aduuuhhh… cair terus. Tu yang aku terus terpikat tu…”
“Piiiirahhhh…” Tawa mereka memenuhi seluruh kelas 5Sains1 tetapi tiada siapa pun yang peduli kerana kelas memang sedia gamat tanpa kehadiran guru.















Cinta sekadar suka-suka
Buang masa, buang duit, buat penat je..
Tapi masih ramai yang setia
Buang usia muda semata-mata menunggu cinta sejati
Yang kononnya dapat memberikan kebahagiaan hakiki
Tapi kita lupa
Bukan semua impian kan tertunai
Bukan semua rancangan akan terlaksana
Hinggakan ada yang menjadi korban cinta
Semata-mata enggan tunduk pada takdir yang Esa
Dah ramai yang tewas
Jadi mangsa cinta palsu
Yang disangkakan cinta suci
Rupanya hanyalah pakaian di luaran
Namun
Masih ramai yang mengagungkan cinta
Sanggup berkorban jiwa dan raga
konon..
Namun hakikatnya kata-kata
yang diluahkan bukan mudah
dilaksanakan
Ada apa dengan cinta?
Yang pasti ia adalah perasaan di hati
Yang Allah wujudkan dalam diri setiap insan
Agar kita gunakan sebaik-baiknya
Dalam mengharungi kehidupan
Sehingga akhir perjalanan...


Senja..
hadirmu tidak dijemput
pergimu tidak di usir
siapa yang ingin mengabadikanmu
menjadikan sebuah nostalgia
sebuah kenangan
hanya sekadar satu lipatan ingatan
dalam mengharungi sisa-sisa
kehidupan
sementara menanti
esok
kembali menjelang


Tuan Tanah...

My photo
Aku hanyalah seorang insan kerdil ciptaan Allah yang Maha Esa... menumpang di atas duniaNya yang hanya sementara.

Mari Mengaji

Click the image below for Al-Quran Recital

~ Haji menuju Allah~

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia

Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Siapa yang ikut saya..?