SeRiBu MaLaM

Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)

SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA



Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


 

Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...



Gambar di sebelah menunjukkan sejenis spesis baru beruk yang telah ditemui di Malaya. Entah macam mana tiba-tiba je spesis beruk ni begitu banyak berkembang-biak di Malaya. Taktau la sapa mak bapak spesis baru beruk ni tapi rasanya beruk-beruk ini adalah spesis baru yang hasil dari pengklonan. So diaorang ni takde mak bapak. Sebabnya ialah diaorang ni spesis kurang ajar, takde adab, tak reti bahse, tak de etika, takde sivik, takde otak, bodoh piang, bangang bodo takboleh diajo, macam sial, dan macam-macam lagi sifat mazmudah yang aku tak sanggup nak tulis lagi kat sini. Spesis beruk ini perlu dihapuskan dengan segera kerana spesis ini dengan automatiknya akan mengupgradekan diri kepada spesis beruk yang lebih berbahaya. Spesis beruk yang telah bermutasi tersebut kelak mampu meragut, menyamun dan membunuh orang yang tak berdaya, orang tua, ibu mengandung, menjadikan anak-anak kecil anak yatim, menaikkan statistik bilangan duda dan bapa tunggal dan pelbagai lagi potensi yang boleh menyesakkan penjara di Malaya ini.
Di sini juga saya sertakan gambar beruk yang mengalami bahaya kepupusan dan wajar dilindungi sebagai panduan supaya korang semua dapat membezakan yang mana satu spesis beruk ganaz dan spesis beruk terancam. Walaupun rupa paras mereka jauh lebih 'comel' dan primitif berbanding spesis beruk baru tadi tapi dari segi etika, perangai, tahap IQ, kepintaran, dan moral, beruk ini jauh lebih bertamadun dan moden berbanding dengan spesis beruk baru tadi. Oleh kerana sifat intelektual ini, spesis beruk ini telah dinamakan 'ORANG utan'. Oleh yang demikian saya menyeru orang ramai supaya berhati-hati dan jangan beri muka kepada spesis beruk baru tadi. Sekiranya anda terserempak dengan kedua-dua jenis beruk ini di atas jalan antara hidup dan mati, adalah wajar anda menolong beruk primitif dulu berbanding dengan beruk spesis ganaz tadi. Sekurang-kurangnya anda telah menyelamatkan satu nyawa yang boleh memberi keuntungan kepada tanahair dan berbakti kerana menghapuskan satu spesis yang tidak produktif. Baru-baru ini pihak berkuasa menyarankan kita menggunakan term 'samseng jalanan' untuk dirujuk kepada spesis baru beruk ini. Tapi aku lebih suke menggunakan istilah beruk jalanan. Sama-samalah kita menghapuskan beruk jalanan ini demi kemakmuran Malaya. Sesape kat luar sane ada yang terasa? Ada aku kesahhhhhhh???!!!!!

  1. Apa 5 benda yang aku suke makan?
  2. Apa 5 benda yang aku suke wat bila bosan?
  3. Apa 5 tempat yang aku suka pegi?
  4. Apa 5 perkataan yang aku suka sebut?
  5. Apa 5 citer yang aku boleh tengok banyak kali?
  • Aku suke makan bihun sup kat restoren cili merah, burger One, eskrem Magnum almond mmm... slurpp.., serbamakneka coklat dan puding karamel... banyak lagi mende suke makan nih tapi karang tak menepati permintaan soalan pulak..:D
  • Aku suke tengok tv kalo citer tak bosan, bertenet (maksud aku berinternet hahaha), jalan-jalan makan angin, tengok wayang, tido...(kalo betoi2 takde mende nk wat dah hahaha)
  • Aku suka pegi shopping complex walaupun sekadar window shopping, picnic kat waterfall, bercuti kat hotel (best sebab boleh wat semak takyah nk kemaskan balik hahhaah), kedai makan (macam2 ada...hehehe), balik kampung :)
  • Alamak, apsal ek?, iihh...budak ni, opocot, poyo...
  • Yes Man!, While You Were Sleeping, Coffee Prince, Cars, Dhoom2 (actually aku suke lagu2 diye kahkahkah seksi meksi maa :D)

Wah... bulan ni adalah bulan penghargaan. Bulan untuk kita menghargai ibu-ibu dan guru-guru. Pada 16 mei lepas adalah hari guru. So aku nak ucapkan

Selamat Hari Guru
Happy Teacher's Day


kepada semua yang bergelar guru di luar sana...

Kepada guru2 sekolah aku dulu, guru darjah, guru besar, guru kelas, pengetua, guru disiplin, guru PJK, guru taekwondo, guru ngaji, warden asrama, guru persatuan, guru kelab, guru kaunseling, guru tuisyen dan semua pensyarah dan pengajar yang pernah meluangkan masa untuk mendidikku dengan penuh dedikasi, terima kasih di atas jasa anda semua. Semoga Tuhan memberkati anda semua.

To all my teacher friends (that include you Missy :D), sesungguhnya korang semua telah ditakdirkan untuk mengajar dan menjadi seorang pendidik. Kesabaran dan kesungguhan korang akan menjadi sumber inspirasi untuk semua... Aja! Aja! hehehhee..




Hari Ibu sudah pun berlalu pada 10 Mei lepas tapi aku tak terlewat pun untuk wish Selamat Hari Ibu pada mak aku... cuma aku delay sikit nak wish kat sini.. Kepada semua ibu (kecuali 'ibu ayam') di luar sana,

Selamat Hari Ibu

Happy Mother's Day


Segala jasa dan pengorbanan anda semua tidak akan mampu dibayar oleh anak-anak. Hanya Tuhan saja yang boleh membalasnya...

Aku nak dedicate lagu ni untuk mak aku dan kaum ibu yang lain. Mak, I love you with all my heart. Your love is like a pouring rain after a scorching sun. I wish I could hug you forever. Thank you for everything. May Allah bless you...



Ya Allah... berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anakku ke jalan Mu...

Yes Man! omigosh... I love that movie. Nak kata aku suke Jim Carrey idak juge... kadang-kadang aku rasa macam mamat tu something wrong somewhere je..agaknye masa kecik-kecik dulu pernah kene hempap seterika agaknye harharhar... But this movie...hmmm... How am I gonna put this in words... Fabulous! Marvelous! Brilliant! Hilarious! Inspired...

So... would I say 'Yes' to any opportunity? hmmm...

Pindah rumah adalah ayat yang paling menyakitkan pada aku... menyakitkan badan ler...hehhheheh... aku taktau la sepanjang hayat aku yang singkat dah berapa puluh kali aku berpindah randah. Kali ni major moving pulak...adoi lar... terpaksa la aku import tenaga kerja dari Ipoh.. tihtihtih... tambah memeningkan kepala bila wabak demam tak habis-habis melanda family aku... lepas sorang, sorang... macam main ping-pong. La ni, dah habis pindah rumah, nak mengemas rumah le pulak....


Adoi lar....! Azab nyehhh....


Tuan Tanah...

My photo
Aku hanyalah seorang insan kerdil ciptaan Allah yang Maha Esa... menumpang di atas duniaNya yang hanya sementara.

Mari Mengaji

Click the image below for Al-Quran Recital

~ Haji menuju Allah~

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia

Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Siapa yang ikut saya..?