SeRiBu MaLaM

Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)

SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA



Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


 

Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...



  1. Apa 5 benda yang aku suke makan?
  2. Apa 5 benda yang aku suke wat bila bosan?
  3. Apa 5 tempat yang aku suka pegi?
  4. Apa 5 perkataan yang aku suka sebut?
  5. Apa 5 citer yang aku boleh tengok banyak kali?
  • Aku suke makan bihun sup kat restoren cili merah, burger One, eskrem Magnum almond mmm... slurpp.., serbamakneka coklat dan puding karamel... banyak lagi mende suke makan nih tapi karang tak menepati permintaan soalan pulak..:D
  • Aku suke tengok tv kalo citer tak bosan, bertenet (maksud aku berinternet hahaha), jalan-jalan makan angin, tengok wayang, tido...(kalo betoi2 takde mende nk wat dah hahaha)
  • Aku suka pegi shopping complex walaupun sekadar window shopping, picnic kat waterfall, bercuti kat hotel (best sebab boleh wat semak takyah nk kemaskan balik hahhaah), kedai makan (macam2 ada...hehehe), balik kampung :)
  • Alamak, apsal ek?, iihh...budak ni, opocot, poyo...
  • Yes Man!, While You Were Sleeping, Coffee Prince, Cars, Dhoom2 (actually aku suke lagu2 diye kahkahkah seksi meksi maa :D)

1 komen atau komplen:

aku?
-->sardin yg aku masak,sambal tumis mak aku masak,asam pedas mak aku masak,ketam masam manis aku masak,kari mak aku masak.. : ) cukup 5?
-->tengok drama korea,tengok drama,korea tengok drama korea,senamrobik,bakar sampah.. hahaha
-->pantai,pantai,pantai,air terjun,dok kat umah aku...hahaha
-->x tau jwb yg ni... hahaha
-->sara(malay),my sassy chun yang(korea),which planet are u from?(korea),que sera-sera(korea),lucky star (taiwan).. npe x 10?byk lagi cite aku suke tngok ni.. hahaha

Post a Comment

Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)


Tuan Tanah...

My photo
Aku hanyalah seorang insan kerdil ciptaan Allah yang Maha Esa... menumpang di atas duniaNya yang hanya sementara.

Mari Mengaji

Click the image below for Al-Quran Recital

~ Haji menuju Allah~

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia

Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Siapa yang ikut saya..?