SeRiBu MaLaM

Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)

SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA



Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


 

Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...



Wah... bulan ni adalah bulan penghargaan. Bulan untuk kita menghargai ibu-ibu dan guru-guru. Pada 16 mei lepas adalah hari guru. So aku nak ucapkan

Selamat Hari Guru
Happy Teacher's Day


kepada semua yang bergelar guru di luar sana...

Kepada guru2 sekolah aku dulu, guru darjah, guru besar, guru kelas, pengetua, guru disiplin, guru PJK, guru taekwondo, guru ngaji, warden asrama, guru persatuan, guru kelab, guru kaunseling, guru tuisyen dan semua pensyarah dan pengajar yang pernah meluangkan masa untuk mendidikku dengan penuh dedikasi, terima kasih di atas jasa anda semua. Semoga Tuhan memberkati anda semua.

To all my teacher friends (that include you Missy :D), sesungguhnya korang semua telah ditakdirkan untuk mengajar dan menjadi seorang pendidik. Kesabaran dan kesungguhan korang akan menjadi sumber inspirasi untuk semua... Aja! Aja! hehehhee..




2 komen atau komplen:

haha... aku msih jiwa che'gu... thnx yonggie..
memang bersabo sgt ni...
kalau x sabo...
lame dah aku hempuk kerusi kat budak2 tu... slalu sgt buat aku marah.perangai cam tenuk.tapi x smuala... yg baik baik tu baik...
btw.aku enjoy ngaja... n aku akan bertahan keje kerajaan ni slagi aku dibenarkan utk mengajar... itu sgt2 memberi kepuasan pada aku

baguih..baguih... gini le sikap che'gu yang kita cari-cari skrg..hehehe:) mana tau berkat kesabaran sok sok boleh dapat anugerah guru cemerlang..:D

Post a Comment

Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)


Tuan Tanah...

My photo
Aku hanyalah seorang insan kerdil ciptaan Allah yang Maha Esa... menumpang di atas duniaNya yang hanya sementara.

Mari Mengaji

Click the image below for Al-Quran Recital

~ Haji menuju Allah~

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia

Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Siapa yang ikut saya..?