Anak adalah anugerah. Anak adalah rahmat. Berapa ramaikah yang menghargai mereka? Lebih-lebih lagi jika kehadiran mereka tidak dialu-alukan di dunia ini. Lantas anak-anak yang tidak berdaya ini menjadi mangsa manusia berhati binatang. Wajarkah anak-anak ini yang membayar dosa mereka? Betapa zalimnya binatang-binatang bertopengkan manusia ini. Betapa sedihnya setiap kali aku membaca kekejaman 'binatang-binatang' ini di dada akhbar. Lalu aku sering tertanya... kenapa mereka sanggup membawa anak-anak ini di dalam rahim mereka selama 9 bulan namun menamatkan riwayat mereka sebaik sahaja mereka lahir ke dunia? Tiadakah setitik perasaan kasih dan kasihan ketika mereka tega menyumbat tubuh kecil itu dalam lubang tandas, tong sampah, longkang, sungai bahkan menjadi santapan anjing liar? Aku sering tertanya betapa manusia boleh bertindak sejauh itu dan sanggup hidup bergelumang dosa dan rasa bersalah yang akan menghantui mereka sepanjang hayat. Bolehkah mereka ini memulakan hidup baru sedangkan kenangan hitam akan sentiasa mengekori mereka umpama igauan ngeri yang tak akan luput walau dimamah masa?
SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA
Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.
Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...
Tuan tanah:
Ummi Sya
Kadang-kala aku rasa tidak salah sekiranya akhbar-akhbar ini memaparkan gambar-gambar bagaimana keadaan 'dosa' yang telah dihapuskan oleh 'binatang-binatang' ini. Hati siapakah yang pihak media cuba pelihara? Adakah kekejaman itu terlalu remeh untuk dipaparkan di mata umum? Perasaan siapakah yang akan tersinggung? Kenapa kita perlu tersinggung sedangkan yang menanggung malang itu adalah anak kecil yang belum sempat mengenali erti kehidupan. Lantaran itu hidup mereka dirampas tanpa kasihan. Biar satu negara tahu bagaimana keadaan anak-anak yang masih belum tanggal tali pusat itu ketika nyawa mereka berpisah dari badan. Biar satu negara tahu perkara ini tidak wajar dipandang ringan. Biar satu negara dapat merasakan tangisan mereka yang memohon belas kasihan. Anak-anak yang lahirnya patut disambut dengan seruan azan dan kalimah kesyukuran. Anak-anak yang sepatutnya berada dalam dakapan ibu dan mendapat perlindungan. Sekadar nukilan berita kosong tentang kekejaman ini tidak memadai untuk membuka mata kita. Biar anak-anak kecil ini tahu sekurang-kurangnya masih ada yang meratapi pemergian mereka.
Aku pernah melihat gambar bagaimana keadaan anak-anak kecil ini. Dan memang aku akui ia bukanlah permandangan biasa dan bayangan mereka masih kekal dalam ingatan aku. Aku tidak nafikan bagaimana sebaknya perasaan aku melihat tubuh kecil yang biru lebam itu. Wajah mereka masih terbayang-bayang di mataku. Sehinggakan hati aku berdetik, malangnya anak yang cukup sempurna ini dilahirkan oleh 'binatang'. Jauh dalam sudut hati aku berdoa agar mereka yang membawa mereka ke dunia ini tidak akan sesekali merasai nikmat di dunia sambil menanti azab di alam kekal yang pasti. Dan setiap kali aku melihat anugerah Ilahi kepadaku, hati aku sering berkata betapa bersyukurnya aku pada rahmatNya, betapa sucinya jiwa nurani mereka, betapa tenangnya perasanku setiap kali membelai mereka. Anak-anak adalah rahmat. Setiap kali aku memeluk tubuh kecil mereka, setiap kali mereka terlena dalam dakapanku, hati aku sering tertanya, berapa ramaikah lagi anak-anak kecil yang tidak sempat merasa belaian di luar sana? Sesungguhnya nasib mereka tertulis di tangan kita...
0 komen atau komplen:
Post a Comment
Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)