SeRiBu MaLaM

Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)

SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA



Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


 

Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...



Dah lama tukang karut 'bercuti'. Nampaknya tukang karut dah ada assisstant baru. Alhamdulillah..:D Takde le blog ni 'basi' lama sangat hahhaha! Kali ni Little Missy meluahkan perasaan tak puas hatinya pada 'jantan-jantan' yang memang kurang belajar! Saja tukang karut nyatakan diaorang sebagai 'jantan' kerana diaorang ni tak layak dipanggil 'lelaki'. Seorang lelaki mestilah menghormati wanita atau perempuan kerana mereka itu pasangan mereka, ibu mereka malah keluarga mereka... so, bak kata Nabil, lu pikir la sendiri...

Apa Yang mereka ini mahu!

Semalam kemuncak perang dingin antara kami dengan ‘mereka’. Telah beberapa minggu mereka berebut tempat dengan kami setiap petang.

Begini situasinya. Kami bermain netball. Kerajaan bayar bagi pihak kami untuk bermain di gelanggang bolajaring itu untuk latihan dan juga tournament nanti . Tetapi lelaki-lelaki yang bermain futsal “kononnya” semenjak kecil ini selalu mengganggu kami ketika bermain . Menggesa agar kami menghabiskan segera permainan kami. Tidak rasional bagi mereka untuk bermain di atas court tersebut kerana ia dibuat daripada simen. Dan terang-terangan ia adalah court netball. Tong sampah Majlis Bandaran menjadi mangsa dengan menjadi sasaran mereka untuk mendapat gol.

Yang paling tidak masuk akal, terdapat 2 gelanggang futsal yang kosong 50 meter dari court bolajaring tersebut. Okla. Maybe mereka tidak mahu membayar. Ada dua lagi pilihan. Satu, padang rumput yang cantik dan kosong sedia menanti untuk mereka bermain “futsal” 50 meter dari court netball itu. Dua, terdapat ruang bertar kosong cukup luas bersebelahan padang yang sesuai utk mereka bermain “futsal” 20 meter dari court netball itu juga.

Apa yang mereka ini mahu?

Sengaja aku selaku coach membiarkan mereka menahan geram setiap kali kami lambat menghabiskan permainan. Berminggu-minggu mereka begitu tanpa ada seorang pun yang berani berjumpa denganku. Menegur dgn cara baik dan seterusnya berbincang dengan elok. Pendekatan yang mereka ambil selama ini hanyalah marah-marah dari luar gelanggang dengan keadaan dan rupa samseng jalanan yang ajak bergaduh. Sikit pun tiada rasa hormat terhadap perempuan.

Sebelum ini sengaja mereka menendang bola kepada pemain –pemain netball kami tanpa rasa bersalah dan tanpa ucapan maaf. Sehinggakan ada yang pening kepala hingga 2 hari. Semalam. Kemuncak segala-galanya. Akibat tak dapat menanggung rasa amarah yang amat sangat sebaik sahaja kami habis bermain jam 7 petang, mereka dengan sengaja menjatuhkan tiang netball kami tanda tidak puas hati . Selaku seorang dara yang sopan, aku melarang pelajarku untuk bergaduh dengan “mereka” yang amat berbudi bahasa itu. Aku mengarahkan pelajarku untuk mengangkat dan menyimpannya ke tempat selamat. Tetapi pelajarku terlepas kata “ janganla kurang ajar!”

“Korang tu orang berilmu, korang tu yang jangan kurang ajar!” Aku terus melarang pelajarku meneruskan pertikaman lidah. Yang sangat aku pelik… mereka tidak berani langsung berjumpa aku secara one-to-one. Sekadar marah-marah terhadap pelajarku. Mungkin tak sampai hati nak marah-marah aku yang comel ini kot. (hehhehe... tukang karut gelak)

Sedang kami membuat warming down, disebabkan tak tertanggung menahan amarah yang beraja di hati mereka, salah seorang dari mereka telah membuat sexual harassment secara verbal kepada salah seorang pelajarku. Aku menarik nafas panjang dan terus mengajak pelajarku balik ke rumah masing-masing, cuba untuk mengelak kejadian tak diingini daripada berlaku. Tidakkah mereka dilahirkan dari perut seorang PEREMPUAN? Tidakkah mereka mempunyai KAKAK atau ADIK PEREMPUAN? Tidakkah mereka pernah bayangkan ahli keluarga PEREMPUAN mereka juga diganggu sedemikian rupa? APA TINDAKAN MEREKA?
Apa yang mereka ini mahu?

Betul la Missy... kalau gue pun tension... eee... geramnye... geramnye... rasa nak gigit seko-seko (sambil menunjukkan muka tak puas hati...)

0 komen atau komplen:

Post a Comment

Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)


Tuan Tanah...

My photo
Aku hanyalah seorang insan kerdil ciptaan Allah yang Maha Esa... menumpang di atas duniaNya yang hanya sementara.

Mari Mengaji

Click the image below for Al-Quran Recital

~ Haji menuju Allah~

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia

Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Siapa yang ikut saya..?