Dalam hidup kita yang aman dan tenteram ini mesti kita pernah, walau sekali akan menghadapi kepayahan, kesusahan, pergolakan, masalah dan seumpamanya, bukan? Pada masa itu kita akan mengeluh dan merintih kenapalah nasib kita tidak seperti orang lain... kenapalah tidak begitu, tidak begini. Alangkah baiknya kalau jadi begini dan begitu. Tapi kita tahukah apa yang berlaku pada orang lain? Kita lihat orang lain bahagia, adakah kita tahu apakah harga kebahagiaan itu? Adakah kita tahu apa yang telah dilalui oleh mereka? Aneh bukan? Kenapa kita mesti meminta pada nasib yang kita tidak tahu baik dan buruknya. Mungkin kepayahan yang dihadapi oleh seseorang itu lebih besar daripada dugaan kita. Mampukah kita menanganinya nanti? Allah tidak pernah menganiaya hamba-hambaNya. Kita tidak pernah diuji melampaui had yang mampu kita tangani. Mereka yang gagal menghadapi dugaan Allah, yang pantas berputus asa, yang tidak redha dengan ujianNya, pastilah merasa seperti tiada jalan keluar dari masalah. Lantas mengambil jalan mudah yang jauh menyimpang dari nilai-nilai murni malah sehingga menjauhi jalan Allah. Nauzubillah.
Oleh yang demikian, kesabaran amat penting dalam diri setiap insan. Namun orang selalu berkata kesabaran pun ada batasannya. Siapakah yang menetapkan batasan itu? Tentulah diri kita sendiri. Diri kita yang mempunyai akal dan hati. Adakah kita akan menurut akal atau mengikut kata hati? Akal yang waras dapat mengatasi hati yang mudah dihasuti syaitan. Syaitan yang sejak azali menghidu kelemahan manusia melalui nafsu sentiasa mengintai-intai peluang untuk mengaburi akal. Berwaspadalah duhai insan. Sesungguhnya di saat kita dalam kepayahan, kita tidak pernah berseorangan... Dia sentiasa di samping kita. Mendengar setiap keluhan hambaNya dan membimbing sesiapa yang redha dan bertaqwa kepadaNya...
SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA
Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.
Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...
Tuan tanah:
Ummi Sya
0 komen atau komplen:
Post a Comment
Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)