SeRiBu MaLaM

Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)

SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA



Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


 

Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...



Love at the first sight...do you believe it? Wujudkah cinta pandang pertama? Betulkah orang boleh jatuh cinta hanya melalui pandangan saja? Bukan pandangan biasa, pandangan pertama pulak tu? Tapi orang kata dari mata turun ke hati... :) So, I guess there must be such things. Cuma aku tak rasa itu adalah perasaan 'cinta'.. hahahhha... mungkin terpikat saja. So, kita patut tukar phrase tu kepada, "terpikat pandang pertama"... hahahhahha!

Biasanya orang tak mudah lupa pengalaman kali pertama. Contohnya naik basikal kali pertama, hari pertama persekolahan, pertama kali tinggal berasingan dari ibu bapa, pertama kali naik pelamin, pengalaman pertama menjadi parents, kali pertama bekerja dan macam-macam lagi. Pengalaman bercinta kali pertama juga tidak terkecuali. Tapi betulkah cinta pertama sukar untuk dilupakan? Adakah perasaan cinta itu yang sukar dilupakan ataupun kekasih pertama itu sendiri? Malanglah bagi kekasih kedua, ketiga dan seterusnya kerana terpaksa bersaing dengan memori kekasih pertama... hahahha!

Apa yang diharapkan dari cinta pertama? Bukan cinta monyet, cinta beruk, cinta babun atau yang seumpamanya ye... cinta pertama yang lahir secara jujur dan ikhlas dari hati seseorang insan. Aku tak nak cerita pasal cinta mengikut nafsu sebab itu bukanlah perasaan cinta sebenarnya. Sekadar perasaan yang didorong oleh hasutan syaitan. Cinta adalah perasaan sayang yang disertai rasa hormat, tolak-ansur, tanggungjawab, cemburu (perlu juga..hehhe) dan ingin melindungi seseorang yang kita sayang. Biasanya cinta tidak mengenal rupa dan sikap seseorang itu. Mungkin sebab itulah orang kata cinta itu buta. Tapi lagi teruk kalau cinta membabi buta... Sehingga seseorang itu sanggup melakukan atau diperlakukan perkara yang tidak sewajarnya. Awas...ha!ha!

Berapa ramai yang berjaya mengharungi cinta pertama? Tidak semua cinta bersatu. Ini adalah fakta :) Bukan semua cinta pertama membawa kita ke jinjang pelamin. Bagaimana kalau pelamin anganku musnah, hancur punah, lumat macam sambal belacan? Kalau yang memang tenggelam dalam lautan asmara tu bisa lemas dibuatnya. Bagai dihempas badai tsunami..hahahha. Terlalu taksub dengan perasaan cinta hingga lupa bahawa kita ini hanyalah khalifah Allah. Takdir kita ditentukan oleh yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang sahaja. Akhirnya ramai yang mengambil jalan mudah hingga sanggup mencederakan diri insan yang dulu dikasihi ataupun diri sendiri. Bukankah sungguh meloyakan cinta yang sebegitu? Namun itulah hakikat. Kerana cinta manusia sanggup melakukan apa saja. Kerana cinta seorang anak sanggup meninggalkan keluarga. Kerana cinta seorang kekasih sanggup menjual maruah. Kerana cinta kita sanggup berkorban harta dan nyawa. Love is one powerful thing. Either you can be damned or blessed by it...:)

Oleh itu, cinta patut hadir dengan ketulusan dan berpandukan keimanan. Cinta tanpa iman akan hanyut seperti sabut di tengah lautan. Useless. Tidak bermakna. Cinta pertama mengajar kita erti hidup yang sebenarnya. Adakah anda sudah bersedia?



When I saw you, I was scared to talk to you. When I first talked to you, I was scared to be closed to you. When I first getting close to you, I was scared to love you. Now that i love you, I was scared to lose you...
Image from ladyrapid, gilad (aronil.com)

2 komen atau komplen:

Cinta pertama umpama sesuatu yg kudus.Especially bg cinta yg tak pernah terungkap.Masing masing pendam perasaan.Berbekas di hati bawa ke mati.Cuma kebahagiaan si dia yg memujuk hati~Little Missy~

well said, missy... well said...:)

Post a Comment

Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)


Tuan Tanah...

My photo
Aku hanyalah seorang insan kerdil ciptaan Allah yang Maha Esa... menumpang di atas duniaNya yang hanya sementara.

Mari Mengaji

Click the image below for Al-Quran Recital

~ Haji menuju Allah~

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia

Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Siapa yang ikut saya..?