Aku selalu perati budak-budak kecil yang berkeliaran menjual barang-barang yang tak semahal mana... daripada ubat sakit urat, kalendar, cenderahati, keropok hinggalah ke kismis sekadar untuk meminta sedikit sumbangan daripada orang ramai. Aku kesian jugak tengok diaorang ni. Kebanyakan diaorang adalah anak-anak yatim, pelajar sekolah agama rakyat malah pendatang pun ada. Sesetengah orang buat tak tau aje, ade yang melayan sambil lewa dan ada juga yang menghulurkan derma. Tapi tak kurang jugak yang mempermainkan budak-budak ni. Aku rase kalau la orang-orang macam gini berada di tempat budak tu, apa perasaan diaorang? Adakah diaorang minta dilahirkan macam tu? So, kenapa nak kutuk-kutuk, maki-hamun, sumpah-seranah? cakap baik-baik tak boleh ke? Tak nak beli sudah la. Diaorang pun tak teringin duit korang yang 'berharga' sangat tu.
Perhatian aku tak terhad pada golongan budak-budak ni aje. Malah ramai juga orang yang mencari rezeki dengan menjual barang-barang secara jualan langsung atau nama ngerinya 'direct selling'. Barang yang dijual pun macam-macam. Daripada buku hinggalah ke keropok ikan. Selalunya diaorang mencari pelanggan kat tempat-tempat awam seperti stesyen minyak atau kedai-kedai makan. Aku tak kisah sangat mende-mende ni. Diaorang mencari rezeki. Asalkan tak promote skim piramid ke, jual loteri ke, buat cabutan 'tak' bertuah ataupun gores dan kalah, aku no hal. Pada aku diaorang pun manusia biasa yang menumpang di bumi Tuhan mencari sedikit rezeki yang halal. Kerja diaorang ni betul-betul mencabar minda dan emosi. Bayangkan terpaksa menghadapi rejection hari-hari... sanggup tak korang? Bukan setakat kene reject je, kena marah pun ada. Aku heran jugak sesetengah orang ni... ada otak ke tarak? tak tau hormat kat orang ke? Diaorang ingat diaorang tu dah bagus sangat? Kalau taknak beli tak payah la beli. Senyum dan katakan aje, 'terima kasih dik, akak, abang, pakcik...tak apalah. Lain kali aje ye...' Susah ke? Tak payah la mulut tu gatal-gatal pulak nak maki-maki... nak tipu pulak lagi... 'dah ada', 'dah beli semalam', 'nenek saya baru beli tadi..?" ek? Kalau betul dah ada tak apa lah... tak nak beli sampai seploh hinggit, kasi le dua hingit sebagai derma.. ade problem ke?
Apa yang penting, adab sopan, tutur kata, budi bahasa kena jaga. Janganlah sampai naik kete beso tapi manners zero, hampas, e'lek... Apa? Ingat baguih sangat? Biar tak tinggi belajar jangan kurang ajar...
*** Mampukah anda tidak menghiraukan anak seperti mereka... ?
0 komen atau komplen:
Post a Comment
Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)