SeRiBu MaLaM

Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)

SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA



Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


 

Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...




  Warisan

 Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara










Lagu ni meninggalkan memori yang sangat dalam kat aku... aku tak tau le budak2 sekarang tau tak lagu ni.. tapi aku ingat lagu ni kitaorang kene nyanyi masa kem-kem sebelum exam SRP (masa tu aku amek SRP) untuk meningkatkan kesedaran budak-budak yang masih tak sedar-sedar nak periksa nih... (huhuhuuu... aku tak masuk la..hahhahhahhh:)) Oleh sebab sekolah aku full Bumiputera so bolehla nyanyi lagu ni.. hahhaha... sekarang mungkin tak sesuai..hihihiihi... Anak-anak Melayu sekarang memang tak sedar diri... kene set balik minda tu... melagho tak tentu pasal. Nanti orang semua maju ke depan, kita masih jauh ketinggalan... nak jadik camtu ker? Lu pikirla sendiri..

p/s: sorry for the poor audio quality from the video.. this is the best video I can get that has less political issues in it..  hmm.

0 komen atau komplen:

Post a Comment

Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)


Tuan Tanah...

My photo
Aku hanyalah seorang insan kerdil ciptaan Allah yang Maha Esa... menumpang di atas duniaNya yang hanya sementara.

Mari Mengaji

Click the image below for Al-Quran Recital

~ Haji menuju Allah~

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia

Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Siapa yang ikut saya..?