SeRiBu MaLaM

Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)

SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA



Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


 

Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...



Jatuh cinta? Orang kata sakit... hahhah! Macam jatuh tangga la gamaknya.. Tak pun jatuh bangunan... hahhaha.. ngerinye. So, aku tak nak la sembang jatuh cinta. Kita citer kes-kes minor je dulu... jatuh suka... hahhaha!

Jatuh suka ni boleh la disamakan dengan cinta monyet kot. Apsal monyet jadik mangsa kat sini ek? Monyet ni player agaknya... hahhah! Monyet mana reti bercinta woi! Jadik orang yang tak reti bercinta ni sama la dengan monyet ek? hahhah!

Aku pun pernah gak jatuh suka kat seseorang... First time aku tengok citer Speed aku jatuh suke giler ba** kat Keanu Reeves.. hahah! Best nye kalau dapat pakwe macho camtu..(sigh) Alahai... perasan. Pastu aku telah berlaku curang dengan menyukai Brad Pitt. Brad Pitt!!! hensemnye.. ;) Lepas tu aku menduakan Brad Pitt dengan Keanu Reeves balik dalam Matrix... Haahhaha!! Tapi aku tak pernah lagi jumpa hero yang macho, hensem, funny and charming macam Han Keol (Gong Yoo, Coffee Prince) Aku rasa hero2 mat salleh tak setanding dengan dia.. kahkahkahkah! kacau..kacau... Memang aku dah melepasi jatuh suka dan naik taraf kepada jatuh suke giler kat watak Han Keol tu. Tapi ini semua hanyalah suke-suke di alam angan-angan.. bukan realiti. Macam mana kalau jatuh suka kat seseorang di alam nyata?

Apakah tanda-tanda anda telah jatuh suka kat seseorang itu?

  • Asyik terbayang jek wajah si dia kot. Tengok siling nampak muka dia. Tengok bantal pun jadik macam dia. Tengok kopi itam pun ada bayang muka dia. Tengok tokey kedai mamak pun macam dia. Kata orang-orang senior... dah angau la tu.

  • Setiap kali kita buat sesuatu mesti teringatkan si dia. Kita pakai baju pun concern nampak comey ke comot? Kita makan pun terasa buruk lantak ke aku ni? Makan sopan-sopan, tutup mulut, kot dia perati... nak gelak? Gelak pelan-pelan, tutup mulut, huhuhu... ayu gitu. Pendek kata asyik terasa je diri diperhatikan. Semua kene control... padahal perasan jer... tak de sape ambil pot pun..hahhaha!

  • Panik! Tetiba je terasa semput, panik tak tentu hala bila bertembung dengan si dia. Menggelabah tahap gaban. Kalau ada fius mesti dah out dah. Apsal ek? Lepas tu bila buat sesuatu mesti rasa serba tak kena... itu tak kena, ini tak betol. Teruknye! Severe case nih.

  • Motivasi terlebih.. ahhaahah! Kalo si dia ada di sekolah, tetiba je jadi mat/minah belia. Dulu sokmo memonteng, sekarang ni dia lah yang pagi-pagi buta dah tercongok kat kelas. Serupa jugak la kalau si dia yang di sukai berada di opis. Keje mesti bagus walaupun gaji hampeh... hahahha! Kalo boleh tiap-tiap bulan jadik pekerja contoh kot..
  • Sehari tak nampak macam setahun rasanya... Ambuihh... perumpamaan yang melampau.. lautan api sanggup ku renangi... tolong la... kene api mancis pun dah pegi wad kecemasan.. kahkahkah!
So, apa nak buat kalo jatuh suka kat seseorang? Nak buat ape lagi... buat bodo jek la... hahaha!Baru jatuh suka... kalau jatuh cinta macam mana pulak cerita ek?
Image from flistersz.com

3 komen atau komplen:

haha... memang susah kalau dah suka kat org.paling perit kalau tepuk tgn sorang2.dlm kes ko... suka kat hero korea n hollywood memangla tepuk atas angin ... hahaha.nak dpt, sampai kiamat .. confirm x leh dapat -Little MissY-

hahah! betul! betul! betul! sebab tu la kata hero yang aku geli-gelikan aje..hahhhaha!

BTW i've my own hero...:D

Post a Comment

Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)


Tuan Tanah...

My photo
Aku hanyalah seorang insan kerdil ciptaan Allah yang Maha Esa... menumpang di atas duniaNya yang hanya sementara.

Mari Mengaji

Click the image below for Al-Quran Recital

~ Haji menuju Allah~

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia

Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Siapa yang ikut saya..?