SeRiBu MaLaM

Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)

SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA



Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


 

Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...




The Curious Case of Benjamin Button

I was born under unusual circumstances...

Aku tengok citer ni sebab Brad Pitt berlakon..muahhahhahh.. citer yang memang menimbulkan tanda tanya ???? hah???? dari mula hingga akhir citer. Best tak? Kalo sesape suka Brad Pitt mestilah best.. Brad Pitt!! I love you!!! muahhahha... citer berkenaan orang yang dilahirkan tua kemudian beransur menjadi muda.. Eh? Boleh ke? Tak ke pelik tu? Haaahahhhah... tu la dia.. Mat saleh ni punye imaginasi memang pelik-pelik. Orang kita pun ape kurang.. tapi banyaknya buat mende2 tak baik..hahhahhah... tak elok gitu. Ape yang menambahkan lagi tanda tanya aku ialah boleh pulak dia mengecut jadi baby balik? Aik? Pelik..pelik... ingat penghabisan cite ni dia mati dalam usia yang lanjut tapi rupa yang muda la.. tak sangka pulak boleh jadi baby. Tu yang kelakar tu..


Tapi aku tak paham satu je.. apsal Benjamin Button? Kenapa dia sorang je baby yang dilahirkan tua masa tu? ih..ih..ih... memang curious... Pada aku citer ni menyentuh perasaan jugak... kesian kan? Usia muda tapi luaran tua... nak main bola macam budak-budak pun tak leh. Ape lagi nak main konda-kondi. Lepas tu dia 'memuda' pulak dah dalam usia yang lanjut. Nasib baik ada ex-wife dia yang jaga... eh? ex-wife ke..? Ex-girlfriend rasenye hahhahha... curious...curious. Banyak perkara yang dia terpaksa lepaskan dalam mengharungi hidup.. termasuk cinta.. ih..ih..ih... sian. Well... happy watching! Pada sesape yang rasa nak tengok citer slow... layannnn..

0 komen atau komplen:

Post a Comment

Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)


Tuan Tanah...

My photo
Aku hanyalah seorang insan kerdil ciptaan Allah yang Maha Esa... menumpang di atas duniaNya yang hanya sementara.

Mari Mengaji

Click the image below for Al-Quran Recital

~ Haji menuju Allah~

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia

Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Siapa yang ikut saya..?