SeRiBu MaLaM

Marhaba! Annyeonghaseyo! Hello peeps! Selamat datang... Sebarang cacamarba di sini adalah sekadar untuk hiburan pembaca. Sekiranya ada tempias pada mana-mana individu atau makhluk hidup di bumi Tuhan ini, ia hanyalah kebetulan tanpa berniat untuk menyinggung mana-mana insan... kalau ada mana-mana yang bermanfaat, Alhamdulillah... Syukran... gamsahabnida... thank you... Hope you enjoy it, peeps. Toodles! :)

SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA



Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.


 

Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...



“Nat, aku ada mesej untuk kau lagi,”
“Mmm…” Natasya hanya meneruskan bacaannya tanpa mempedulikan rakan yang menegurnya tadi.
“Eiii Nat. Kau dengar tak ni? Aku ada mesej untuk kau ni…” Sofea makin hilang sabar.
“Apa dia? Mesej dari budak tu lagi ke?” Jawab Natasya acuh tak acuh, masih tidak mengangkat kepala.
“Yalah. Siapa lagi? Ramai lagi ke admirer kau ni?” Sofea menyakat. Ada sedikit bau-bau cemburu dalam nada suaranya.
“Apa katanya?” Balas Natasya masih endah tak endah.
“Tempat biasa. Lepas ko-K petang ni,” Sofea merebahkan punggungnya di sebelah Natasya.
“Hmmm…” Natasya mengeluh.
“Eh… Kau ni tak berminat ke dengan abang Iskandar tu? Kalau aku jadi engkau… mmm alahai… bertuahnya badan…”
“Kalau engkau nak, ambillah…” Bidas Natasya selamba.
“Ihh… bukan macam tu…” Serba-salah pula Sofea dibuatnya. “Aku ni cuma kesiankan dia. Kalau aku beritahu kau tak nak jumpa pun dia tunggu jugak. Sampai bila kau nak layan dia macam tu?”
“Aku rimaslah, Sofea… Dia yang cari penyakit. Sampai bila baru dia nak faham maksud aku ni haa?” Natasya melepaskan keluhan berat. “Bersepah perempuan yang sepuluh kali ganda lagi ‘cun’ dari aku kat sekolah ni. Pergilah tackle diaorang. Pelik betul la.”
“Itulah engkau. Ramai lagi girls yang nak ambil tempat kau, tau tak? Ziana tu, cuba kau tengok. Yang macam supermodel tu pun dia tak pandang tau. Itu yang sejak kau datang, sampai sekarang dia berbulu semacam je dengan kau. Siapa yang tak nak berdamping dengan abang Iskandar, cuba kau beritahu aku? The hottest guy in school. Dahlah handsome, pandai, ketua pengawas pulak lagi…haa…” Sofea menjaja ‘iklan’ sambil menepuk-nepuk bahu Natasya. Natasya mencebik bibir. Geli-geleman pula mendengar nama mamat itu diangkat-angkat oleh Sofea. Buku sejarah yang sedia terbuka di depannya ditutup. Hilang minatnya untuk membaca. Pembalut bukunya yang sedikit terkoyak dibetul-betulkan. Dia mengeluarkan pita pelekat dari dalam beg sekolahnya dan mula mencantumkannya kembali. “Itulah yang jadi aneh bin pelik tu… apasal la yang dia kacau aku? Setahu aku le, tak pernah pun aku menggoda-goda dia.”
Tawa Sofea yang nyaring macam pontianak menambahkan rasa tak puas hati Natasya. Dahinya berkerut seribu. Mahu saja dilekatnya mulut Sofea dengan baki pita pelekat yang telah digunting-gunting tadi.
“Itulah sebabnya. Abang Iskandar tu tak pernah layan ‘jualan murah’…” Sofea sengaja meninggikan suaranya agar didengari Ziana yang cuma duduk selang dua meja dari mereka. Jelingan tajam dari ratu SM Taman Jaya itu sebesar kuman pun tidak dipedulikan.
“Tapi apalah yang buat dia syok kat aku ni, Sofea. Aku tak pernah la main ‘cintan cintun’ ni. Ish, tak fahamlah aku.”
“Itu sebab kau dulu belajar kat girl school. Hehehhehh… Inilah keadaan sebenar sekolah campur ni…” Sofea masih terkekeh-kekeh. Natasya menjeling geram. Dengan tangkas lengan gebu Sofea menjadi mangsa cubitan. Sofea menjerit kecil. Mukanya berkerut-kerut menahan kesakitan. “Apalah kau ni. Aku melawak pun tak boleh ke?”
“Oklah… ok…” Sofea menyambung. “Aku rasa dia suka kat kau sebab kau pandai—”
“Elehh… ramai lagi budak yang pandai,” Natasya membidas pantas.
“Dengar la dulu,” Sofea menekan. “Engkau kan pandai… genius. Tak payah baca buku separuh mati pun kau boleh score dalam exam. Orang lain sibuk dengan buku bila nak exam, engkau sibuk training netball lah, taekwondo lah, acara trek lah. But you still come out as the best student. Siapa yang tak tabik…”
“Ish kau ni. Jangan le lebih-lebih sangat. Tak munasabah betul kau ni. Habis tu dia nak tackle aku sebab nak aku jadi cikgu tuisyen dia ke?”
“Apa kau merepek ni?” Sepantas kilat kepala Natasya menjadi mangsa sekehan Sofea. Natasya terkekeh-kekeh sambil membetul-betulkan rambut gaya boy cutnya.
“Yalah. Dah kau kata sebab aku pandai… mana ada lelaki nak date dengan orang pandai… belum pernah aku dengar le,” Natasya masih bingung. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu.
“Kau ni, nak aku kata bodoh, pandai… Ha, ni le dia orang kata bengong ni. Bukan ke abang Is tu straight A’s student? Dia nak tuisyen apa lagi…” kutuk Sofea depan-depan. “Maksud aku, engkau ni special. Lain dari yang lain.”
“Habis tu… Aku tak nampak apa yang abang Is nampak kat aku. Cantik jauh sekali. Kulit dah la gelap terbakar. Gaya pun kasar semacam mengalahkan lelaki. Kalau feminine, putih melepak, lemah gemalai macam ratu kita seorang tu lainlah cerita,” Natasya memuncungkan mulutnya ke arah Ziana yang sibuk menyikat rambutnya yang bergulung-gulung dari tadi.
“Kau pernah dengar tak orang kata?” Sambut Sofea serius dengan tiba-tiba.
“Kata apa?”
“Cinta itu buta…” “Elehhh…” Kali ini giliran Sofea pula disekeh Natasya…

0 komen atau komplen:

Post a Comment

Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)


Tuan Tanah...

My photo
Aku hanyalah seorang insan kerdil ciptaan Allah yang Maha Esa... menumpang di atas duniaNya yang hanya sementara.

Mari Mengaji

Click the image below for Al-Quran Recital

~ Haji menuju Allah~

Labbaikallahumma Labbaika Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika Innalhamda Wal Ni'mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji Ertinya menuju Allah yang Esa Membawa hati dan diri yang hina Memberi hadiah kepada Allah Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba Pergi haji dengan segala yang baik Hati yang baik akhlak yang baik Harta yang halal hati yang bersih Niat yang suci amal mulia

Pergi haji Ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tepat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dengan tenang serta tawadu' Sabar dan tolak ansur mestilah ada Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya Yang boleh rusakkan hati Jauhkan maksiat dan yang sia-sia Takutkan Allah yang Esa Ingat selalu padaNya Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Siapa yang ikut saya..?