Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah dulu, tiap-tiap kali morning assembly mesti guru besar err... pengetua sekolah aku nak berucap. aku heran jugak... tak kekeringan idea ke tuan pengetua nih... mesti tiap-tiap pagi masa gosok gigi dia dah pikir dah amende la nak cakap kat budak-budak pagi nanti.. huhuhu
tapi tiap-tiap pagi tak de mende lain nak cakap, mesti keluar prinsip 5 fingers Edward De Bono... memang tu je la pusing balik modalnya... tapi aku ni bukan nak citer pasal prinsip 5 fingers Edward De Bono... aku tak peduli la seploh jari sekali pun.. cuma aku teringat baru2 nih aku ada pegi satu majlis ilmu ni... dah lama rasanya aku tak menghadiri majlis macam ni menyebabkan aku dah terlupa ke'fun'nye... sungguh berbeza jika dibandingkan dengan menonton di idiot box atau sekadar mendengar di radio. Ustaz Zul masa tu yang bagi ceramah... kelakar jugak orangnya. Selalu keluar kat Astro Oasis. Dia citer pasal orang Malaysia ni banyak bidaah masa beribadat... tapi selagi tak melanggar hukum syarak takpe lah... cuma apa yang kita kene ambil tahu mende-mende tu semua bukan amalan dalam ibadat Islam sebenarnya. Contohnya menyapu muka selepas sembahyang, majlis tahlil, membungkus batu nisan dengan kain putih dan macam-macam lagi...
Tapi aku teringat apabila dia citer pasal Keunggulan Islam terletak pada 5 Jari...
- Yang pertama ibu jari, mewakili orang tua... dalam sejarah Islam contohnya Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq. Kalau kita kata 'bagus' pun kita angkat ibu jari kan.. bagus... bagus... good... good... takde pulak orang angkat jari telunjuk ke ape lagi jari tengah muekekkekk... So kita kenalah hormat dan taat pada orang tua
- Yang keduanya ialah jari telunjuk, iaitu mewakili orang kaya... haaa... orang kaya ni penting dalam Islam. Tak de orang kaya susah nak bangunkan ummah. Sape kata tak boleh mencari harta? Cari la banyak mana pun tapi mestilah tunaikan yang rukun, betui tak? Dalam sejarah Islam orang kaya diwakili oleh sahabat Rasulullah iaitu Abdul Rahman bin Auf. Sebab apa diwakili dengan jari telunjuk?... sebab orang kaya tak payah buat keje... tunjuk je kat orang ape nak buat... nak buat masjid baru, jambatan baru, dewan baru... nak bagi dana buat bom kat orang Palestin.. cakap je...hahahhaha
- Yang ketiga ialah jari tengah atau jari hantu, iaitu mewakili orang yang tinggi pengetahuan agamanya. Dalam sejarah Islam tak lain tak bukan mestilah Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. Orang agama perlu untuk membezakan mana yang halal dan yang haram, yang haq dan yang batil. Sebab apa jari tengah? Sebab jari tengah adalah jari yang paling tinggi daripada jari-jari lain menandakan betapa pentingnya orang agama dalam pembangunan ummah Islam.
- Yang keempat ialah jari manis. Jari manis mewakili remaja atau orang muda yang mana dalam sejarah Islam ialah Sayyidina Ali, orang muda yang berani menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya. Lagipun jari manis ialah jari kita menyarungkan cincin, jugak ada dalam kisah Sayyidina Ali. Ini menunjukkan betapa pentingnya golongan remaja dalam masyarakat kita. Golongan pelapis inilah kelak yang akan menggantikan generasi lama... tapi sayangnya apa dah jadi dengan golongan ni sekarang? ih..ih..ih...
- Akhir sekali ialah jari kelingking, yang mewakili golongan wanita... hohohoho.... kecil bukan sebarang kecil... jari kelingking ni banyak kejenya... penting tu. Dalam sejarah Islam tak salah kalau kita wakilkan dengan wanita kesayangan Rasulullah iaitu isteri baginda, Khadijah ul-Kubra'. Wanita ni peranan dia sangat besar sebab dialah yang melahirkan zuriat dan banyak menyumbang dalam masyarakat... Kejayaan seseorang lelaki itu di belakangnya adalah seorang wanita. Tangan yang mengayun buaian boleh menggegarkan dunia..huhuhu... nuff said...
0 komen atau komplen:
Post a Comment
Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)