Entah nape tetibe je tv show yang mencari bakat-bakat baru menyanyi ni melambak-lambak keluar kat tv... aku rasa macam timing tak kene jek. Ape mende la diaorang nie... dalam keadaan ekonomi yang macam landslide kat Bukit Antarabangsa, dengan mendengar tangisan saudara-saudara kita di Palestine, boleh pulak kita kat Malaya ni lali dan leka ngan program-program yang membuang duit dan membuang masa tu??? Tak ambil iktibar ke atas musibah yang ada depan mata? Tak reti nak taubat ke?
Akademi Fantasia, Tunjuk Ajarku Sifu, One in the Million, ada membawa keuntungan ke? Aku tengok yang dah sedia ada sekarang ni pun tade ke mana-mana pun. Tak pulak boleh buat album jual kat Hong Kong ke, tade pulak yang buat world tour concert ke. Aku boikot dan sarankan korang pun jangan la ngabihkan duit kredit korang mengundi diaorang nie... pahala takde, dosa harus jugak lekat kot. Daripada gatal tangan mengundi diaorang nie, baik korang sms kan 5 ringgit kat tabung Palestine. Nampak jugak faedahnya...
SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA
Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.
Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...
Tuan tanah:
Ummi Sya
0 komen atau komplen:
Post a Comment
Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)