Aku ni ikutkan tak berapa suka sangat tengok drama bersiri sebab bersambung-sambung. Yang aku tensionnya bila dah syok tengok, alih-alih finale aku ter miss... mane tak angin satu badan... arghhh! Tapi aku suka jugak tengok drama series Korea atau Jepun. Citer Indon? Ops! Sori tak minat. Bukan sebab apa. Aku rasa citer diaorang semua stereotype. Tak abih-abih citer orang kaya bercinta ngan orang miskin. tak abih-abih nak rebut harta sampai sanggup berbunuh-bunuhan... logik ke? Berebut-rebut jantan pun melampau jugak, bior betol...? Adakah moral orang kat sana macam tu? Sanggup berbunuhan kerana harta walaupun darah daging sendiri? heee... naik meluat jugak tengok. Kalau movie, mungkin lah boleh dimaafkan kot. Ada juga satu-dua citer yang interesting...
See? Cute kan? Citer dia simple je, tak logik pun ada. Tapi sebab watak diaorang tu kelakar menyebabkan aku rasa nak je tengok sampai kesudahan cerita ni. Lagipun, lagu-lagu tema dia best. Ahaks!Mengisahkan seorang anak yatim yang kene tipu dengan member-member 'baik'nya sehingga rumahnya yang bergelar 'Full House' telah dibeli oleh seorang pelakon yang sedang popular. Kerana tiada tempat berteduh, that girl terpaksa jadi maid kat 'rumah sendiri'... Hampasss....
Tapi citer yang paling aku gilai ialah citer Coffee Prince... so far la... hahahha! Aku pun tak tau apsal aku suke giler citer ni. Setiap kali aku tengok citer ni mesti mood aku ceria je... Hero...? Alamak... Gong Yoo! Macho nye....! Jiwa kacau aku dibuatnya... hahahahha! Aku rasa mamat ni ada karisma yang menyebabkan orang minat kat dia.. termasuklah aku.. hahahha! Heroin, Eun Hye pun kiut dan comey. Sesuai betui dengan plot citer ni. Mengisahkan sorang girl ni yang berperawakan tomboy, terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana ingin bekerja di sebuah cafe yang hanya menggaji staff lelaki... Entah macam mana dia boleh jatuh cinta dengan boss dia menyebabkan banyak la kisah suka duka, ketawa dan menangis yang berlaku antara diaorang. Tapi aku rasa drama ni rated dia maybe PG kot sebab ada kissing scenes di sana sikit.. di sini sikit... :) But this couple really romantic...(sigh!) Meh aku tepek lagi gambo hero sepet yang mengacau jiwa aku tuh... muekekekkekk.... hensem... hensem... :DSooo sweet, kan? I wish I had my own sweet and romantic moments that I can treasure myself...:) Lepas tu aku ada tengok satu lagi citer yang Eun Hye berlakon iaitu The Vineyard Man. Interesting and funny jugak. Orang kata Princess Hour pun not bad but aku tak tengok lagi. So takleh nak komen lagik lar. hehhee.. Next time kalo aku ada tengok citer yang best-best lagi aku update lah...kihkihkih.. Tapi kene cari waktu yang betul-betul free sebab takut lekat kat couch... payah tuh!
Apa yang aku tau drama Jepun dan Korea ni banyak mengisahkan tentang hard work, impian dan cita-cita. Mungkin sebab tu aku minat nak tengok sebab memberikan aku inspirasi dan aspirasi... hehhehehee.... Aja! Aja! Fighting! :D
0 komen atau komplen:
Post a Comment
Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)