14 Februari memang le tarikh yang selalu dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Ini kerana tanggal tersebut dikenali sebagai hari memperingati kekasih atau nama glamernya Hari Valentine. Walaupun kita semua sudah lama diingatkan bahawa hari kekasih ini tidak wajar diraikan kerana bukan amalan umat Islam, tambahan pula ia berkaitan dengan kisah paderi Kristian tapi masih ramai orang yang tak ambil pot. Apa pasal la degil sangat sesetengah orang ni. Kononnya hebat sangatlah meraikan hari kekasih ni ye? Apa yang best nye tak tau lah. Dah le harga bunga ros tiba-tiba melambung pada hari ni, coklat pun boleh di makan hari-hari, restoran-restoran menyediakan juadah istimewa kononnya tapi rasanya sama je...
Tapi bagi mereka yang sedang asyik masyuk bercinta memang sakan le. Elok sangat la tu. merende' sana sini menghabiskan duit dalam kegawatan ekonomi ni. Muahhahahha... Cukup-cukuplah tu. Baik meraikan Hari Ibu... ada nampak jugaklah ibu itu adalah ikon bagi setiap individu yang wajar dikasihi dan diingati. Kekasih? Mengabihkan boreh jo...
image aku dah lupe copet dr mane :D
SELAMAT HARI MERDEKA... SELAMAT HARI MALAYSIA
Hari Merdeka untuk tanah airku yang tercinta ini jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957 iaitu pembebasan persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan koloni British. Semenjak hari bersejarah itu, Malaysia akan menyambut Hari Merdeka pada tarikh keramat tersebut pada setiap tahun. Hari Merdeka pada 31 Ogos 2013 kali ini diraikan sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Slogan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.
Hari Malaysia pula disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah la tu), Sarawak dan Singapura (pada ketika itu) untuk membentuk negaraku yg berdaulat ini, Malaysia. Banyak onar juga yang perlu ditempuh dalam penubuhan Malaysia ni... Sejarah selanjutnya bolehlah dirujuk di mana-mana buku sejarah Malaysia...
Tuan tanah:
Ummi Sya
0 komen atau komplen:
Post a Comment
Thank you for dropping by...
Mind your language, please...
No carut-mencarut, sumpah-menyumpah, ok.. :)